Apakah perbezaan insuran motosikal first party dan third party ?

Perbezaan insuran motosikal first party dan third party. Apa yang anda perlu tahu tentang perbezaan jika anda memilih insurans untuk motor anda.

Terdapat kelebihan dan kekurangan jika anda memilih sama ada insurans first party atau pun 3rd party. Anda mungkin mempunyai perbezaan pendapat.

Di sini dinyatakan berdasarkan pengamalan sendiri yang pernah membeli insurans motosikal 1st party dan juga pernah membeli insurans 3rd party.

Sewaktu ini aku menggunakan dan membeli etiqa insurans online. Zaman dah mudah sekarang nak renew insurans etiqa online hanya di hujung jari.

Perbezaan antara insurans motosikal first party dan third party

Lihat berdasarkan table di bawah bagi mudah untuk anda membezakan kedua jenis 1st party insuran dan juga 3rd party insuran ini.

First party insurans motor3rd party insurans motor
Harga jauh lebih mahal mengikut tahun dan cc
motosikal
Harga lebih murah walaupun NCD anda 0%
Boleh membuat claim insurans kemalanganTidak boleh membuat claim insurans kemalangan
Boleh membuat claim insurans jika
berlaku kebakaran
Tidak boleh membuat claim insurans jika
berlaku sebarang kebakaran terhadap motor
Boleh membuat claim pada syarikat insurans
jika hilang akibat kecurian
Tidak boleh membuat claim kepada syarikat insurans
jika motor telah hilang dicuri
Menggunakan claim insurans sendiri jika
terlanggar motosikal lain
Boleh membuat claim ke atas motosikal
yang telah didapati bersalah mengakibatkan
kemalangan ke atas anda
Boleh membuat claim ke atas motor
lain jika anda didapati tidak
bersalah dalam kemalangan
Tidak boleh membuat claim ke atas motosikal lain
sekiranya anda didapati bersalah dalam kemalangan
NCD akan menjadi 0% jika claim telah dibuatNCD akan menjadi 0% sekiranya motosikal lain
membuat claim kemalangan ke atas anda

Bolehkah claim ke atas motosikal insurans 3rd party ?

Jawapan kepada persoalan di atas adalah menurut situasi yang bersesuainya. Tidak semua situasi boleh digunapakai membuat claim ke atas motor yang membuat insurans 3rd party ini.

Contoh situasi yang sesuai adalah :

  • Motosikal anda telah dilanggar oleh motosikal lain dan mengalami kerosakan pada bahagian belakang motor.
  • Anda boleh membuat claim ke atas motosikal tersebut walaupun ia membuat insurans motor 3rd party.
  • Dengan syarat penting iaitu laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu dalam masa 24jam.
  • Kemudian, anda perlu pastikan nombor plat motosikal yang melanggar anda itu adalah betul.
  • Kalau ada gambar lebih bagus untuk kemukakan bukti pada pihak polis.
  • Pihak polis kemudian akan mengeluarkan keputusan siapakah pihak terlibat yang bersalah.
  • Kemukan claim pada syarikat insuran pihak yang bersalah untuk anda membaiki motor anda menggunakan insurans syarikat pihak tersebut.

perbezaan insuran motosikal first party dan third party

Beza insurans komprehensif dan pihak ketiga

Insurans komprehensif adalah sama seperti terma first party atau 1st party. Ia merupakan berbeza dari segi panggilan. Namun, bila orang sebut komprehensif, kita sudah tahu ia merupakan insurans 1st party.

Sama seperti dalam polisi insurans, terma yang digunakan adalah comprehensive insurans. Yakni kita sudah tahu ia merupakan insurans 1st party.

Manakala, insurans pihak ketiga atau third party atau 3rd party insurans juga adalah terma yang sama digunakan oleh semua.

Orang ramai mudah dengan menggelar jenis insurans murah sama dengan insurans 3rd party ini. Jadi, sudah diketahui harga yang paling rendah dalam insurans merupakan insurans 3rd party.

Namun, ia tidak dilindungi sebarang claim dari syarikat insurans kecuali kemalangan yang melibatkan orang lain (pihak ketiga) yang pihak ketiga ini sahaja boleh membuat claim dengan beberapa syarat tertentu.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perbezaan insuran motosikal 1st party dan third party yang perlu anda ambil tahu sebelum membuat keputusan membeli insurans motor anda.


Posted

in

by

Tags: