Cara nak batalkan e hailing. Terdapat beberapa proses untuk anda batalkan pendaftaran anda sebagai pemandu e hailing.
Perkara ini tidaklah begitu rumit. Ia sama sahaja seperti proses semasa kita hendak memohon untuk menjadi pemandu e hailing tak kira grab atau mycar atau lain-lain lagi di bawah e hailing ini.
Cara nak batalkan evp grab
Anda boleh gunakan cara dengan membuat panggilan kepada syarikat ehailing itu sendiri. Telefon syarikat tersebut untuk dapatkan surat pembatalan evp atau ehailing.
Surat tersebut akan dikirimkan kepada anda menerusi email anda. Printkan surat tersebut untuk simpanan ke JPJ nanti.
Pembatalan e hailing puspakom
Inspection puspakom perlu dibuat supaya anda boleh menukar status kenderaan anda. Jenis pemeriksaan puspakom tersebut adalah B2.
Seperti sebelum ini, semasa anda nak daftar, anda gunakan borang b2 puspakom ini menukar status kenderaan anda.
Jadi, untuk batalkan ehailing, prosesnya tetap sama cuma ia terbalik.
Cara nak booking puspakom batal e hailing
Pergi ke website puspakom. Anda boleh booking secara online waktu dan tarikh untuk buat inspection disitu.
Rujuk gambar di bawah bagi mudah anda untuk buat booking puspakom secara sendiri.
- Anda perlu ke website seperti di bawah ini. Website puspakom yang ada login tu ya.

2. Jika belum register, anda register kemudian akan dapat pengesahan pada email. Aktifkan di email anda dulu sebelum login boleh diteruskan.

3. Kemudian, login dan klik pada branch reservation. Anda isikan maklumat kenderaan anda mengikut task yang disediakan sehingga lengkap. Buat pembayaran secara online juga terus di website ini.
Jangan lupa untuk print borang yang telah anda lengkapkan. Barcode akan diberikan sebaik saja anda membayar. Jadi masa datang waktu yang ditetapkan anda hanya perlu membuat scan sahaja tanda kehadiran.

Tukar status kenderaan e hailing ke persendirian
Setelah pembatalan evp dibuat dan juga puspakom b2 telah pun selesai, anda perlu hadirkan diri ke JPJ berdekatan. Kalau boleh pergi ke JPJ daerah anda bukan UTC ya.
Datang ke JPJ dengan membuat urusan tukar status dengan mengisi borang JPJ K8 (mengikut perubahan semasa). Borang ini adalah bagi membuat pindaan kod kegunaan.
Caranya sama seperti anda nak daftar e hailing dulu bukan?
Selesai saja penukaran ini. Status kenderaan anda telah pun bertukar menjadi kepada private car atau persendirian seperti dulu.
Comments
32 responses to “Cara Nak Batalkan E Hailing”
jika kenderaan tidak melebihi 5 tahun pon perlu buat puspakom ke inspection tu ke?
Maksud disini adalah pemeriksaan puspakom untuk tukar semula status dari perdagangan kepada persendirian wajib dibuat tidak kira semua tahun kereta. Untuk kereta yang di bawah 3 tahun, pemeriksaan berkala tidak perlu dibuat. Ada beza pemeriksaan menukar status kereta dan pemeriksaan berkala.
G puspakom bt inspection tu kena byr brp rm ye
Harga akan keluar berdasarkan semasa anda masuk ke dalam temujanji dalam portal puspakom ya.
Nak tnya.. lpas lulus puspakom tu boleh terus pergi JPN hari yg sama x? Atau kena tunggu a few days, baru bole buat urusan di JPJ
Boleh terus ke Jpj ya
berapa lama ye untuk tunggu grab batalkan akaun tu? dari 28/10 ag buat puspakom tp bila g jpj akaun aktif lgi
Prosedurnya selepas dah dapat pengesahan email pembatalan daripada grab, kemudian buat puspakom, dan selepas itu baru ke jpj
Kena tunggu 7 hari. Jpj tak boleh batal kan selagi APAD tak delete dalam system
Betul..selepas dah confirm boleh terus ke Jpj.
Boleh ke owner keta antar saya sbgai wakil ke jpj utk urusan tukar ehailing ke persendirian… lps urusan puspakom selesaii … geran nama abg ipar… tp saya yg buat grab.
Hanya pemilik atau owber sahaja yang boleh ya
Salam, bolehkah wakil pergi ke JPJ untuk urusan pembatalan EVP?
Waalaikumussalam..hanya pemilik kereta atau owner sahaja boleh ya
Salam,semasa pemeriksa puspakom kereta da tukar rim,, bumper depan dan stering kecil boleh lulus puspakom ke ? Atau kena tukar?
Waalaikumussalam..untuk rim dan bumper tiada masalah ya..dan untuk stering kecil itu kami tidak berapa pasti..sesiapa yang tahu boleh komen di bawah untuk manfaat bersama.
Salam’alaik, saya sedang isi borang tempahan di web Puspakom, dia minta nombor EVP, mana ya nak dapatkan nombor tu? Sejak pandemik mmg saya dah tak drive grab dah.
Nombor evp anda boleh dapatkan semasa anda daftar pada syarikat ehailing..rujuk semula syarikat ehailing dan minta nombor daftar yang diberi contohnya dari pihak syarikat grab itu sendiri.
Saya terambil pakej e hailing semasa membeli insurance , saya dah batalkan insurance tersebut , saya perlu ke puspakom atau terus ke jpj untuk tukar?
Jika dah batalkan e hailing dalam insurans, tidak perlu lagi ke puspakom atau jpj lagi ya
Kereta saya roadtax mati 2020. Tak pernah buat inspection Puspakom B2. Sekarang nak tukar semula ke status persendirian. Adakah perlu bayar saman JPJ kerana tidak buat Puspakom berkala pada tahun sebelum ini? Sebab nak buat inspection perlu clear saman JPJ kan?
Sebaiknya selesaikan saman Jpj terlebih dahulu supaya anda dapat mengelakkan proses di puspakom tersangkut disebabkan saman Jpj.
Jika saya sudah semak saman di website JPJ, dan tiada rekod. Bermakna saya boleh buat temu janji Puspakom ?
Betul..check saman Jpj lebih baik di kaunter Jpj terdekat ya
Assalammualaikum , macam mana mau tau ya , saya suda ada surat dari lpkp dan suda buat puspakom dah lulus . Dan tarik roadtax saya 23/12/2022 ne baru mati dan insurance bulan 6 / 2023 , kalau dah tukar nama pergi jpj perlu ka saya reniew kedua nya lagi sekali . Atau reniew rodtext sahaja ? Atau bagaimana ? Minta tolong jelas kan 🙏🏻
Buat roadtax sahaja untuk 6 bulan
Hi. Saya nak tanya kalau saya nak tukar kereta dari e-hailing ke kereta persendirian tapi roadtax dah tamat tempoh 2-3 minggu, boleh ke saya terus ke puspakom? atau perlu renew roadtax dahulu?
Sebaiknya selesaikan pertukaran status dahulu kemudian baru renew roadtax
Jika saya ke puspakom nak tukar status, perlu bawa kereta juga ke? takut pula nak bawa kereta sebab roadtax dah tamat tempoh
Hampir kesemua kenderaan yang datang ke puspakom untuk buat inspection tidak mempunyai roadtax. Yang penting anda dah buat temujanji online di puspakom dan hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Serta mempunyai perlindungan insuran sementara bagi perlindungan semasa datang ke puspakom.
Salam. Sy nak tanya, roadtax kereta ayah sy dah tamat bulan lepas. Tp sy renew insurans tanpa ehailing dan ayah sy pun mmg taknak bawa grab dah. Roadtax tak boleh nak renew sbb evp tak batal lagi. Skrg sy baru dalam proses pembatalan evp dengan grab. Proses dengan puspakom boleh kalau wakil yang selesaikan sebab ayah sy dah tak boleh jalan. Mohon tuan balas comment sy. Terima kasih.
Waalaikumussalam..proses puspakom boleh gunakan wakil ya.