Cara nak batalkan e hailing. Terdapat beberapa proses untuk anda batalkan pendaftaran anda sebagai pemandu e hailing.
Perkara ini tidaklah begitu rumit. Ia sama sahaja seperti proses semasa kita hendak memohon untuk menjadi pemandu e hailing tak kira grab atau mycar atau lain-lain lagi di bawah e hailing ini.
Cara nak batalkan evp grab
Anda boleh gunakan cara dengan membuat panggilan kepada syarikat ehailing itu sendiri. Telefon syarikat tersebut untuk dapatkan surat pembatalan evp atau ehailing.
Surat tersebut akan dikirimkan kepada anda menerusi email anda. Printkan surat tersebut untuk simpanan ke JPJ nanti.
Pembatalan e hailing puspakom
Inspection puspakom perlu dibuat supaya anda boleh menukar status kenderaan anda. Jenis pemeriksaan puspakom tersebut adalah B2.
Seperti sebelum ini, semasa anda nak daftar, anda gunakan borang b2 puspakom ini menukar status kenderaan anda.
Jadi, untuk batalkan ehailing, prosesnya tetap sama cuma ia terbalik.
Cara nak booking puspakom batal e hailing
Pergi ke website puspakom. Anda boleh booking secara online waktu dan tarikh untuk buat inspection disitu.
Rujuk gambar di bawah bagi mudah anda untuk buat booking puspakom secara sendiri.
- Anda perlu ke website seperti di bawah ini. Website puspakom yang ada login tu ya.
2. Jika belum register, anda register kemudian akan dapat pengesahan pada email. Aktifkan di email anda dulu sebelum login boleh diteruskan.
3. Kemudian, login dan klik pada branch reservation. Anda isikan maklumat kenderaan anda mengikut task yang disediakan sehingga lengkap. Buat pembayaran secara online juga terus di website ini.
Jangan lupa untuk print borang yang telah anda lengkapkan. Barcode akan diberikan sebaik saja anda membayar. Jadi masa datang waktu yang ditetapkan anda hanya perlu membuat scan sahaja tanda kehadiran.
Tukar status kenderaan e hailing ke persendirian
Setelah pembatalan evp dibuat dan juga puspakom b2 telah pun selesai, anda perlu hadirkan diri ke JPJ berdekatan. Kalau boleh pergi ke JPJ daerah anda bukan UTC ya.
Datang ke JPJ dengan membuat urusan tukar status dengan mengisi borang JPJ K8 (mengikut perubahan semasa). Borang ini adalah bagi membuat pindaan kod kegunaan.
Caranya sama seperti anda nak daftar e hailing dulu bukan?
Selesai saja penukaran ini. Status kenderaan anda telah pun bertukar menjadi kepada private car atau persendirian seperti dulu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.