Cara tukar geran motor lama ke baru

Cara tukar geran lama ke baru. Proses ini adalah mengikut pengalaman aku sendiri. Aku sendiri tahu sekarang geran motor atau kereta boleh ditukar. Tapi aku cuma biarkan saja.

Nak jadikan cerita aku memiliki sebuah motor ex5 lama. Jadi motor tu aku hanya bawa di sekitar kawasan rumah sahaja. Nak ke kedai berdekatan.

Al maklumla motor dah berusia.

Satu hari aku terserempak dengan jiran aku di kedai runcit. Dia baru saja pulang dari JPJ. Aku sapa dengan bertanyakan buat apa di JPJ tu.

Katanya dia menukar geran lama motornya ke geran yang baru. Aku pun terus teringat pada geran motor lama aku yang dah usang di dalam almari rumahku.

Tukar geran lama kepada Sijil pemilikan kenderaan baru

Sijil pemilikan kenderaan atau dikenali sebagai Vehicle of Certification (VOC) itu merupakan pembaharuan geran yang telah dibaikpulih dari segi dokumentasinya.

Jiran aku tunjukkan pada aku geran atau VOC yang baru didapatinya itu ia tampak jauh lebih kemas dan mudah disimpan.

Satu hari tu aku pun bercadang nak tukar geran motor aku tu. Kebetulan pula cuti. Jadi aku luangkan masa hadirkan diri ke JPJ.

JPJ tak begitu jauh. Dalam setengah jam dari rumah aku. Sampai sahaja disana aku pun ambil nombor.

Dokumen yang aku bawa hanyalah :

  • Kad pengenalan original pemilik (aku)
  • Geran lama

Nasihat aku, bagi nak buat urusan tukar geran ni, lebih baik pemilik yang datang. Ia lebih memudahkan.

Paling wajib geran motor yang lama tu jangan lupa bawa sekali.

geran lama tukar baru
Geran lama depan
geran lama belakang
Geran lama belakang

Kalau anda lupa bawa, ia ibarat anda hadir ke JPJ untuk dapatkan geran motor baru yang hilang. Maka jika berlaku perkara ini, anda perlu mengeluarkan kos denda.

Jika anda bawa geran lama, tiada sebarang cas akan dikenakan kepada anda. Ia adalah percuma.

Aku pun isi borang bagi urusan penukaran geran lama ke baru.

Sampai saja giliran aku di kaunter, pihak JPJ terus memproses permohonan aku itu. Geran lama mereka ambil bagi simpanan pihak JPJ.

Tak lama selepas itu, geran baru telah siap. Aku rasa puas hati juga berurusan dengan pihak JPJ disini. Dalam setengah jam dah siap.

geran lama tukar baru

Dalam masa yang sama waktu aku datang tu, adalah waktu bekerja, tiada orang sangat.

Setelah kad pengenalan dan geran baru VOC dah dapat, aku pun pulang ke rumah. Mudah rupanya cara tukar geran lama ke baru ni.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Cara tukar geran motor lama ke baru”