Beza Insuran dan Roadtax Yang Wajib Anda Tahu

Beza insuran dan roadtax. Terdapat banyak perbezaan antara insurans dan roadtax atau cukai jalan ini.

Namun, kedua insurans dan roadtax ini sangat memerlukan antara satu sama lain.

Roadtax tanpa buat insurans, maka roadtax tidak boleh dikeluarkan. Jika buat insurans tanpa roadtax, ia hanya sementara sahaja dibolehkan.

Kerana roadtax adalah cukai jalan yang wajib anda bayar dan pamerkan di kereta atau motor semasa berada di atas jalan raya.

Apa itu roadtax atau cukai jalan ?

Roadtax kereta atau roadtax motor berfungsi sebagai tanda kita pengguna jalan raya menjalankan tanggungjawab membayar cukai jalan raya.

Cukai jalan raya yang kita bayar itu digunakan sebagai keperluan utama pihak JKR Malaysia membina jalan raya sekaligus menaiktaraf jalan raya kita di Malaysia ini.

beza insuran dan roadtax

Segala kerosakan akan dibaiki dan dibaikpulih oleh pihak JKR dalam misi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan jalan berlubang.

Kadar kemalangan disebabkan jalan berlubang adalah amat serius lebih-lebih lagi kepada pengguna motosikal.

Contoh roadtax kereta

contoh roadtax kereta

Gambar roadtax motor

contoh roadtax motor

Apa itu insurans kereta ?

Insurans kereta merupakan perlindungan yang wajib diambil oleh setiap daripada kita pengguna jalan raya. Sebelum membuat roadtax kereta atau motor, insuran wajib dibuat terlebih dahulu.

Jika insurans belum dibuat, maka proses untuk buat roadtax tidak akan dapat diteruskan.

Insurans memainkan peranan melindungi kenderaan kita jika terlibat dalam kemalangan jalan raya atau jika berlaku kecurian atau kereta kita hilang dan juga jika berlaku sebarang kebakaran.

Insurans melindungi :

  1. Jika kereta mengalami kemalangan sendiri (tidak melibatkan kereta lain)
  2. Kemalangan kereta terlibat dengan kereta lain.
  3. Jika kereta telah dicuri.
  4. Berlaku kebakaran seperti masalah litar pintas pada kereta
  5. Terlibat dalam bencana alam seperti banjir atau ditimpa pokok atau ditimpa tanah runtuh.

Setelah anda hidupkan insuran, maka anda akan menerima polisi insurans atau dikenali sebagai covernote insurans.

Polisi insurans merupakan bukti bahawa insurans anda telah diterima. Namun, anda wajib membuat semakan terakhir pada nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor kenderaan anda sebelum membuat roadtax.

Apa beza insuran kereta dan roadtax ?

Insurans keretaRoadtax Kereta
Wajib dihidupkan dahulu sebelum
buat roadtax
Roadtax boleh dibuat jika
dalam sistem JPJ menerima
status dari pihak insuran
Harga berbeza mengikut market semasa,
ncd pemilik
Harga sama dari mula beli kereta
sampai bila-bila
Boleh dibuat pada branch insurans, agent,
dan juga pejabat pos
Boleh dibuat di JPJ, pejabat pos,
myeg dan agent myeg(kiosk)
Wajib buat 1 tahun kecuali bagi
kes extend insurans
Boleh dibuat selama 6 bulan dan
juga 12 bulan
Harga boleh pilih 1st party
atau 3rd party
Harga tidak boleh diubah
Diskaun atau cas akan
dikenakan mengikut
beberapa sebab
Tiada cas tambahan jika buat roadtax
di JPJ

Perbezaan di atas anda boleh lihat dan fahami apakah itu roadtax dan apakah itu insurans kereta. Tetapi ingat, ia saling digandingkan antara satu sama lain.


Posted

in

by

Tags: