Roadtax Dah Rosak?Dakwat Roadtax Dah Kabur?

Roadtax kereta kabur. Bagaimana jika roadtax kereta kabur dan roadtax kereta rosak dan tidak lagi kelihatan dakwat nombor plat dan nombor expired? Adakah ia dikira rosak? Walaupun dakwatnya sudah kabur, ia masih lagi boleh digunakan?

Bagaimana pula jika roadtax anda terkoyak atau terbelah? Wajib ke nak ganti kalau roadtax rosak kepada yang baru?

Boleh ke reprint road tax baru untuk gantikan roadtax koyak?

Jika kertas roadtax koyak, anda boleh merujuk terus ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalanraya (Jpj). Menurut pengalaman peribadi, roadtax koyak adalah bergantung pada kadar kerosakan.

Jika ia masih lagi boleh kelihatan, pihak Jpj akan menasihatkan untuk menggunakan sehingga waktunya tamat.

Lebih-lebih lagi apabila waktu roadtax kereta anda sudah hampir tamat tempohnya.

Adakah menjadi satu isu dikenakan saman jika roadtax kabur dan rosak teruk?

Sebenarnya ia tidak menjadi satu isu besar untuk anda dikenakan tindakan saman.

Namun bila difikirkan semula, ia ibarat seperti tidak mempamerkan roadtax tersebut pada kenderaan anda.

Menjadi satu kesalahan dan anda boleh dikenakan tindakan saman jika perkara ini semakin teruk. Bergantung juga pada atas budi bicara pihak polis ataupun Jpj.

Sebaiknya anda tukar roadtax rosak ini kepada yang baru supaya tidak merugikan pihak anda. Nasib anda baik, anda tidak dikenakan saman.

roadtax koyak

Berapakah cas yang dikenakan untuk ganti roadtax baru atau reprint road tax?

Ia adalah PERCUMA untuk roadtax kabur dan rosak.

Dengan syarat anda perlu membawa roadtax yang sudah lama atau rosak semasa proses penukaran roadtax baru di Jpj.

Pastikan juga waktu anda tukar roadtax baru sehingga waktu tamat roadtax adalah munasabah contohnya terdapat baki lagi 6 bulan sebelum tamat roadtax.

Pastikan betul-betul roadtax anda tidak boleh digunakan lagi.

Jika terdapat kabur sedikit sahaja, pihak Jpj tidak akan memproses roadtax baru anda.

Dulu print roadtax di pejabat pos, boleh ke reprint road tax baru di tempat sama?

Bagi perkara di atas, roadtax lama WAJIB ditukar hanya di Jpj.

Walaupun sebelum ini anda print roadtax kereta di pejabat pos mahupun kiosk myeg, hanya pihak Jpj sahaja boleh membuat salinan baru roadtax anda.

Boleh ke selain pemilik jadi wakil buat reprint road tax ni?

Ahli keluarga, rakan ataupun agent boleh menjadi wakil kepada anda hadir ke Jpj bagi urusan reprint road tax rosak kepada baru ini dengan syarat wajib membawa roadtax lama. Roadtax yang lama menjadi bukti terhadap kes anda.

Jika anda datang ke Jpj tanpa roadtax, anda boleh saja print roadtax baru dengan alasan roadtax hilang. Tapi ada syarat lain bagi jpj reprint road tax yang baru jika anda menggunakan alasan hilang ini.

Bawa sekali polisi car insurance senang untuk rujukan pihak Jpj.

Namun, roadtax hilang perlu dibayar dulu. Rujuk artikel ini

Baca ini https://roadtaxkeretaanda.blog/2020/03/04/roadtax-kereta-hilang-bagaimana-nak-buat-baru/

roadtax kabur rosak

Reprint roadtax myeg

Jika anda sebelum ini perbaharui roadtax di myeg, kemudian roadtax anda mengalami masalah seperti koyak, kabur ataupun rosak, anda hanya boleh rujuk di JPJ sahaja.

Duhulunya adalah dibenarkan bagi reprint roadtax di myeg. Sekarang telah diperketatkan seluruh negara jika adalah permasalahan mengenai kertas roadtax, hanya boleh pergi ke JPJ berdekatan.

Perkara ini telah dikuat kuasa bagi mengelakkan sebarang penipuan reprint road tax terutamanya kertas roadtax dan masalah duplicate nombor plat.

Jadi, wakil atau pemilik boleh ke JPJ bagi membuat pengesahan dengan menggunakan kad pengenalan berserta kertas roadtax lama.

Bagi sesiapa yang ingin reprint roadtax secara online sama ada menggunakan myeg, bjak atau pun lain-lain tidak boleh sama sekali berbuat demikian.

Jika ada orang menyediakan servis ini, anda perlu raguinya kecuali jika ia merujuk perkara ini direct terus ke JPJ.

Macam mana nak tahu tarikh tamat roadtax sedangkan dakwat pada roadtax dah pudar ?

Ada beberapa cara yang anda boleh rujuk, contohnya seperti di bawah :

1. Rujuk polisi insurans /covernote insurans

Sebelum ini anda telah membuat roadtax kereta dan telah dilampirkan sekali covernote insurans. Gunakan covernote insurans itu dengan mencari tarikh tamat roadtax kereta anda.

Tarikh insurans dan LKM (roadtax) anda seharusnya selari dan sama. Jadi, cara paling mudah adalah dengan cara merujuk polisi insurans.

Pada polisi insurans semestinya banyak muka surat. Anda perlu perhatikan satu demi satu. Kalau nak senang anda cari pada bahagian harga yang telah anda bayar sebelum ini.

Disitu terdapat segala maklumat nama, nombor kad pengenalan dan juga tarikh mula hingga tamat insurans dihidupkan.

Mengikut insurans yang aku gunakan, polisi insurans syarikat Liberty insurans ada kemukakan maklumat tarikh ini pada muka surat (page) 3.

2. Rujuk pada agent insurans

Agent insurans mempunyai sebuah sistem yang boleh bantu anda untuk semak semula tarikh insurans yang anda telah hidupkan.

Lebih mudah sebelum ini anda buat insurans dan roadtax pada agent yang sama. Mereka mempunyai rekod anda sama ada polisi insurans, gambar roadtax dan juga maklumat geran yang telah anda beri sebelum ini.

Ini bagi kes terpencil jika anda telah kehilangan maklumat tersebut di dalam telefon anda.

3. Terus datang ke JPJ

Cara ini dikatakan tidak lah mudah dan tidak lah susah. Hal ini kerana, jika anda hadirkan diri pada waktu puncak, ia memakan masa anda untuk menunggu giliran hanya kerana ingin bertanyakan rekod tarikh roadtax anda.

Kalau anda datang pada waktu yang tepat, kerja anda jadi mudah. Tak perlu menunggu giliran yang lama seperti waktu puncak.

Nak bertanya tarikh sahaja tidak menjadi masalah. Tiada cas dikenakan. Beri alasan dan sebab hadir di kaunter JPJ atas sebab kertas roadtax sudah kabur. Mereka akan bantu anda.

Lebih untung, pihak JPJ akan reprint road tax anda sekiranya kes roadtax kabur anda adalah tahap teruk.

Adakah nombor rujukan sahaja sudah mencukupi jika kertas roadtax anda telah kabur ?

Pada kertas roadtax jika kita alert, terdapat nombor rujukan telah ditulis sekali bersama nombor plat kereta anda.

Kebiasaannya nombor rujukan itu tidak hilang. Kenapa begitu? Nombor ini adalah datang dari dakwat yang lain.

Semasa anda membuat roadtax, kertas roadtax itu telah pun telah tersedia nombor rujukan tersebut tanpa nombor plat kereta. Kemudian, pihak JPJ, pejabat pos,myeg mahupun Bjak menggunakan printer yang sedia ada mereka print dakwat di kertas yang tertera nombor rujukan.

Setelah itu, nombor rujukan itu akan di key in nombor plat kereta anda bagi pengesahan dalam sistem.

Nombor rujukan ini biasanya hanya boleh disemak oleh pihak JPJ sahaja semasa roadblok di jalanraya. Pihak PDRM juga boleh check tetapi menggunakan sistem di balai, bukan semasa roadblok.

Jadi, kalau anda ditahan pihak JPJ, nombor rujukan itu boleh disemak oleh mereka. Lain pula jika pihak PDRM.

Jika ada budi bicara minta bantu pihak PDRM untuk check dalam sistem mereka mengikut nombor rujukan pada kertas roadtax yang telah kabur itu.

reprint road tax
Reprint road tax

Mengapa kertas roadtax merupakan perkara penting perlu dipamerkan pada cermin kereta ?

Menjadi satu kesalahan jika anda tidak pamerkan kertas roadtax kereta anda sewaktu melalui sekatan jalan raya / roadblok.

Sekatan jalan raya dilakukan bagi sebab-sebab keselamatan. Antara faktor yang penting adalah memastikan nombor plat kereta anda sama dengan paparan pada kertas roadtax.

Kes berat seperti ini tentunya diambil perhatian pihak berkuasa kerana terdapat banyak kes kereta klon. Pernah anda dengar kes nombor plat kereta A digunakan oleh kereta B tetapi ia berada di tempat lain?

Kereta sama, nombor plat pun sama. Bagaimana dengan kertas roadtax? Adakah turut sama?

Di sini pihak berkuasa telah menaiktaraf dan memperbaiki sistemnya dengan cara jika kertas roadtax kabur, maka boleh tukar baru.

Beza bagi kes kertas roadtax kabur vs hilang

Roadtax KaburRoadtax Hilang
Tukar di JPJ sahajaTukar di JPJ sahaja
Boleh hantar wakil untuk
buat baru
Hanya pemilik kereta / motor sahaja dibenarkan
bagi urusan thumbprint
Percuma mengikut situasiBerbayar kereta ataupun motor
Tidak perlu buat laporan polisTidak perlu buat laporan polis
Kertas roadtax lama perlu diambilKertas roadtax yang hilang automatik
terbatal

Kenapa ada beza dakwat roadtax buat di JPJ dengan pejabat pos ?

Terdapat sedikit beza dari segi dakwat pada kertas roadtax jika anda buat di JPJ dan pejabat pos. Kat Jpj dakwatnya sedikit tebal dan tulisannya gelap.

Jika anda pernah buat roadtax di pejabat pos, anda boleh dapati dakwat pada kertas roadtax anda nipis dan juga pudar sedikit.

Namun, keduanya tidak menjadi sebarang masalah. Nak kata dakwat roadtax pejabat pos cepat pudar, ikut pengalaman aku kalau dakwat roadtax jpj pun boleh juga pudar.

Ia bergantung kepada cara anda gunakan. Kalau kereta sentiasa parking bawah matahari, senang pudar dakwat roadtax tu.

Manakala, kalau tinted kereta galap sedikit pun bantu juga untuk ia tahan dari cepat pudar.

Tak tampal roadtax pada cermin kereta

Ada orang cakap gam kertas roadtax boleh rosakkan cermin. Akan bertanda bila cabut dan nanti susah nak tanggal.

Ada juga orang tidak tampal roadtax guna gam yang disediakan. Tapi dia ikut kreativiti sendiri. Gunting saja ikut petak yang penting, kemudian guna sticker insurans yang tanpa gam itu untuk letak kertas roadtax yang dah digunting tadi.

Malah, ada juga orang jual frame untuk letak roadtax. Hanya potong dan masukkan roadtax mengikut bentuk frame tersebut. Settle.

Terpulang pada anda nak tampal cara macam mana pun. Yang penting anda perlu pamerkan roadtax itu di cermin depan kereta.

Laminate road tax motor

Bagi anda sebagai penunggang motosikal, kertas roadtax motor ni lebih kecil dibandingkan roadtax kereta. Jadi cara nak kekalkan dakwat pada roadtax tu, anda boleh menggunakan cara laminate kertas roadtax motor.

Kalau anda laminate, senang nak simpan dalam dompet duit. Ada juga guna frame plastik yang dijual di JPJ dengan harga hanya rm2.

Letak kat dompet susah juga kalau orang lain guna motor tu tiba-tiba roadtax tiada. Tak pasal-pasal dapat saman.

Sebab tu guna frame plastik salah satu cara mudah letak pada kunci motor.

Di mana nak dapatkan sticker elak roadtax kabur rosak

Sticker roadtax tidak lah begitu memainkan peranan untuk elak roadtax cepat kabur. Namun, ia bantu mengelakkan dari cermin kereta anda bertanda gam pada kertas roadtax.

Sticker ini boleh didapati pada branch-branch insurans yang anda hidupkan insurans kereta. Kalau buat roadtax kat JPJ dengan pejabat pos tak dapat sticker ni.

Branch insurans dan agent insurans sahaja yang menyediakan kertas sticker insurans ini.

Selain tampak nampak kemas dan terletak roadtax anda pada cermin, ia berfungsi meneyediakan nombor telefon bagi towing servis.

Jika anda hadapi kecemasan, senang nak rujuk. Call saja nombor yang tertera disitu.


Posted

in

by

Tags: