Prosedur Membawa Kereta Ke Puspakom

Hadirkan diri bersama kereta di puspakom merupakan satu pengalaman baru. Ikuti perkara dibawah supaya anda tahu serba banyak mengenai prosedur di puspakom.

Cara hantar kereta ke puspakom

1. Pastikan tiada sebarang saman ‘blacklist’ ke atas pemilik kenderaan.

2. Pemilik kenderaan perlu membuat ‘puspakom booking’ hari sebelum membawa kereta ke puspakom secara online

3. Pada hari yang ditetapkan, bawa kereta ke puspakom untuk urusan ‘inspection’. Pastikan anda sudah melepasi syarat lulus puspakom seperti hon, lampu signal, dan tayar masih ada bunga.

4. Pergi ke kaunter untuk mengambil pas pelawat dan tinggalkan kad pengenalan.

5. Bawa geran asal atau jika geran asal masih di bank, boleh membuat permohonan di bank tersebut bagi urusan puspakom.

6. Daftar dan buat pembayaran di kaunter puspakom.

7. Bawa kereta ke tempat yang diminta oleh pemeriksa puspakom.

8. Tunggu di bilik menunggu sementara pemeriksa menjalankan tugas.

9. Keputusan pemeriksaan akan diberitahu.

10. Jika lulus, keputusan pemeriksaan hanya sah (valid) untuk 1 bulan sahaja sementara pemilik kenderaan menghidupkan insurans dan cukai jalan dalam waktu itu.

puspakom

Apa itu puspakom sebenarnya? Apa tugas puspakom yang kita perlu tahu?

PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) ditubuhkan pada 1994.

Syarikat induknya adalah DRB-HiCom Bhd yang merupakan satu-satunya syarikat pemeriksaan kenderaan yang dilantik Kerajaan Malaysia (Konsesi).

Puspakom berperanan melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa-beli, pindah milik dan insurans.

Terdapat 12 jenis pemeriksaan yang dilakukan oleh PUSPAKOM :

1. Pemeriksaan Awalan

2. Pemeriksaan Berkala

3. Pemeriksaan Semula

4. Pemeriksaan Khas

5. Pemeriksaan Tukar Milik

6. Pemeriksaan Kenderaan Kerajaan

7. Pemeriksaan Penilaian

8. Pemeriksaan Sukarela

9. Pemeriksaan Lelong

10. Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC)

11. Pemeriksaan Sewa-Beli (HPI)

12. Pemeriksaan Insurans atau car insurance

Namun terdapat dua jenis pemeriksaan yang kerap dilakukan oleh kenderaan awam tidak termasuk kenderaan perdagangan.

Pemeriksaan puspakom untuk tukar pemilik kereta

Prosedur bawa kereta ke puspakom b5 perlu diikuti seperti syarat di atas.

Jika anda sibuk bekerja, anda boleh melantik agent yang membawa kereta anda ke puspakom pada tarikh yang ditetapkan.

Pastikan dulu harga car insurance, roadtax, harga puspakom dan cas servis sudah termasuk sekali sebelum anda bersetuju dengan agent.

Bila sudah membuat pemeriksaan b5 puspakom, barulah proses cap jari bagi owner lama dan baru dibuat.

Cara booking puspakom kereta online

  1. Anda boleh terus layari website puspakom atau download apps MyPuspakom.
  2. Dapatkan id pendaftaran
  3. Isikan maklumat kenderaan dan tarikh temujanji
  4. Buat pembayaran mengikut harga puspakom kereta yang dipamerkan secara kad debit
  5. Bawa borang yang berisi QR kod yang diberi semasa daftar pada hari pemeriksaan
  6. Pemeriksaan mengambil masa bawah 1 jam.
  7. Selesai

Syarat lulus puspakom

Syarat jika anda nak lulus puspakom tidak la terlalu sudah, dan tidak la terlalu mudah. Ia adalah lebih kepada keutamaan keselamatan semasa anda membawa kereta di jalan raya.

Ia merupakan prosedur penting bagi memastikan anda berada dalam keadaan selesa bagi memandu dalam jarak dekat mahupun jauh.

Justeru, menyelamatkan orang lain dari menjadi mangsa keadaan keliling.

Jika kereta sudah terbiar lama, kemungkinan untuk berlaku kemalangan itu adalah tinggi.

1. Tayar kereta atau tayar motor

Kenderaan yang di bawa perlu dibawa dengan bunga tayar 50% dan ke atas. Adalah bahaya jika anda terus membiar jika bunga kereta menjadi nipis.

Hal ini akan mengakibatkan tergelincir sewaktu memandu di waktu hujan.

Bukan saja bunga tayar, malah kualiti dan tahun tayar juga akan diambil kira. Jika tayar sudah terlalu lama, ia akan menimbulkan kes seperti tayar bengkak dan merekah.

Bahaya tu jika memandu kereta dengan tayar merekah.

2. Puspakom tinted inspection

Berkenaan jika kereta tersebut ingin menukar hak milik atau tukar tangan, semestinya pada kereta tu dah siap tinted.

Disini kita tak kata bawa kereta ke puspakom ada berapa-berapa peratus tinted yang melepasi tahap puspakom untuk kelulusan.

Cuma lebih baik tinted itu dicabut atau ditanggalkan. Memang makan kos kalau nak pasang balik yang baru. Tapi kena ingat, kalau tak lulus puspakom lagi leceh.

Manakan duit lagi, nak buat temujanji semula lagi, dan nak bawa semula kereta ke puspakom lagi. Itu semua kos dan masa anda akan terbazir.

Seeloknya ada orang gunakan cara lain. Cara ni dikira sewa cermin asal. Ada kedai buat servis ini tapi tak banyak.

Cermin yang tersedia tinted akan digantikan dengan cermin tanpa tinted yang lain buat kegunaan semasa di puspakom.

Bawalah kereta macam akuarium pun, yang penting lepas puspakom.

Kemudian dah lulus, tukar semula cermin tersebut pada yang ada tinted yang asal.

3. Cermin retak puspakom kereta

Adakah benar jika kita bawa kereta untuk inspection di puspakom, walaupun cermin kereta retak dikira lulus?

Kat sini ada dua perkara iaitu inspection untuk tukar hak pemilik dan inspection jika kereta melebihi 3 tahun dan ke atas.

Ada yang cakap ada beberapa bahagian termasuk cermin kereta jika berlaku retak ia termasuk dalam senarai semakan (checking list).

Pihak puspakom sendiri beritahu untuk kes tukar hak milik, jika berlaku cermin kereta retak, mereka tidak masukkan dalam senarai semakan.

Namun, adalah lebih baik anda yang mengupah runner atau bagi kereta sendiri ke puspakom perlu membaiki cermin tersebut atas faktor keselamatan jangka panjang.

Ada isu sebelum hadir ke puspakom, cermin kereta yang retak di bawah 6 inci boleh lepas lulus ujian inspection.

Justeru, kebarangkalian untuk lulus adalah sedikit. Update terbaru ada yang mengatakan dibenarkan di bawah 4 inci panjang retakan. Tapi adalah dinasihatkan adalah lebih baik anda membuat penukaran.

Kalau tak lulus, nak salahkan siapa? Untungnya jika dah tukar cermin baru, anda tak perlu takut-takut dah jika gagal disebabkan cermin retak ini. Confirm lulus bab cermin.

cermin retak puspakom kereta

Pemeriksaan bagi roadtax (LKM) lebih dari tiga tahun

Seperti sebelum ini pemeriksaan puspakom bagi roadtax kereta mati WAJIB dibuat jika telah lebih setahun.

Namun untuk update terbaru pihak JPJ sudah menetapkan inspection puspakom bagi kenderaan yang tidak renew roadtax hanya untuk 3 tahun dan ke atas sahaja.

Kelonggaran ini diberikan supaya mengurangkan kereta atau motor di atas jalan raya tanpa sebarang insurans dan cukai jalan.

Terdapat banyak kes yang melibatkan kereta dilanggar oleh kenderaan yang tidak mempunyai sebarang perlindungan.

Sedangkan minimum 3rd party insurans pun boleh di claim oleh orang yang tidak bersalah, apakan lagi bagi kes ini.

Nak tak nak kereta anda yang menjadi mangsa, perlu membuat claim ke atas insurans anda sendiri.

Jadi rugilah anda sebagai mangsa keadaan perlu hantar baiki kenderaan sendiri, malah insurans tahun depan akan jadi lebih mahal.

Apa itu puspakom kereta motor B2 B5 B7 dan PG10 ?

1. Puspakom B2

Pada dasarnya puspakom b2 merupakan borang yang diperlukan bagi seseorang yang ingin menukar status persendirian kepada perdagangan. Begitu juga sebaliknya.

Urusan ini adalah terkenal dengan pemandu ehailing yang perlu menukar status kereta mereka jika mereka ingin menjadi full time pemandu grab, MyCar ataupun lain-lain berkenaan dengan khidmat ehailing.

Selain itu, kepada sesiapa juga yang membuat penukaran enjin pada kereta perlukan borang b2 ini.

2. Puspakom B5

Puspakom B5 dikenali sebagai borang b5 perlu diambil orang mereka yang ingin menukar hak milik kenderaan.

Untuk anda yang ingin menukar tangan dari satu penama kepada penama lain perlu mengisi borang ini sebelum urusan inpsection kereta di teruskan.

3. Puspakom B7

Borang b7 diperlukan oleh anda jika anda menguruskan kereta secara sewa ataupun beli. Kalau anda beli secara cash tak perlukan borang ini.

Tapi jangan risau, kebanyakkan seller akan uruskan perkara ini kerana kebanyakkan kes-kes adalah membeli kereta baru mahupun secondhand.

Tak perlu anda pening kepala biar mereka yang berurusan dengan runner.

4. Puspakom roadtax mati lebih 3 tahun

Di puspakom untuk anda yang ingin membuat inspection kereta atau motor, anda perlu mendapatkan borang puspakom mati lebih 3 tahun. Tanya saja di kaunter puspakom jika anda walk in.

Atau anda dapatkan saja borang tersebut secara online.

5. Pemeriksaan PG10

Pemeriksaan ini adalah bagi tujuan motor yang sudah melebihi 3 tahun tidak hidupkan roadtax. Ia sama dengan puspakom lebih 3 tahun.

Cuma nama saja berbeza di JPJ dikenali sebagai pemeriksaan PG10.

Renew roadtax motor tanpa puspakom

Adakah boleh kita hidupkan roadtax motor kalau puspakom tak dibuat?

Jawapannya adalah YA jika tempoh tamat roadtax LKM anda adalah di bawah 3 tahun.

Takde ke cara lain untuk tak payah bawak motor buat inspection PG10 atau lebih 3 tahun ni?

Jawapannya adalah tiada. Kelonggaran ini sudah diberikan daripada 1 tahun kepada 3 tahun bagi memudahkan anda menggunakan kenderaan motosikal dan kereta.

Jadi, baiki saja motor apa yang patut contohnya :

1. Tayar motorsikal puspakom

Tayar tak perlu beli baru pun takpa. Yang penting masih ada baki bunga 75% sudah memadai beli yang secondhand pun ok.

2. Lampu signal motor puspakom

Pastikan lampu signal depan belakang, kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Manakala lampu depan menyala dan lampu belakang beri respon sewaktu membrek tangan ataupun kaki.

3. No plat motor puspakom

No plat motor perlulah berada dalam keadaan baik. Tak patah manakala huruf dan nombornya cukup. Guna saja nombor plat standard dah cukup. Yang penting lulus puspakom.

4. Brek motor puspakom

Brek motor adalah wajib berfungsi depan dan belakang. Pergi saja repair kat kedai motor budget bawah rm50 tukar break drum atau break pad.

Yang penting kat sini, pastika semuanya dalam keadaan standard seperti keluar daripada kilang terutamanya part-part di atas.

Bila dah siap baiki semuanya, datang bawa motor tu kat JPJ yang menyediakan servis pemeriksaan PG10. Berapa budget kena bayar?

Tak banyak pun. Anda hanya perlu keluarkan kos pengangkutan bawa motor ke JPJ sahaja. Pemeriksaan PG10 adalah PERCUMA.

Tukar nama motor perlu puspakom atau tidak ?

Bagi anda tak kira jika anda nak jual motor anda ataupun anda sendiri nak beli motor dari pemilik asalnya perlu tahu beberapa perkara.

Adakah motor itu perlu dihantar ke puspakom dulu untuk buat inpection sebelum ditukar kepada pemilik baru?

Jawapannya adalah tidak perlu. Urusan tukar pemilik untuk kenderaan motor ini hanya diwajibkan untuk pemilik asal dan juga pemilik baru buat cap jari (thumbprint) tukar milik di JPJ.

Yang penting motor tersebut tiada lagi baki hutang dari bank atau aeon ataupun parkson.

Manakala, bagi tukar nama kereta, wajib untuk buat inspection puspakom tukar nama terlebih dahulu.

Perkara WAJIB anda perlu tahu sebelum buat tukar nama motor :

  1. Pastikan tiada saman yang dikenakan ke atas nombor plat tersebut.
  2. Geran pada pemilik itu original
  3. Pastikan tarikh LKM masih lagi hidup atau paling tidak ia masih kurang 3 tahun dari tarikh LKM tamat (PENTING).
  4. Anda semak dulu sejarah kemalangan yang perlu berlaku, jika tiada rekod itu bagus.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply