APA ITU NCD?

Diskaun tanpa tuntutan atau no claim discount (NCD) adalah diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan (pemegang polisi) jika tidak menuntut sebarang tuntutan selama 12 bulan. Ia juga dipanggil sistem bonus malus (BMS).

Kadar diskaun yang diberikan berbeza bagi kereta dan motor. Diskaun yang diberikan juga adalah dalam jumlah peratus (%). Untuk kereta, contoh kadar peratus adalah seperti berikut :

  1. Tahun pertama – 0 %
  2. Tahun kedua – 25 %
  3. Tahun ketiga – 30 %
  4. Tahun keempat – 38.33 %
  5. Tahun kelima – 45 %
  6. Tahun keenam – 55 % (maksimum)

Manakala untuk motor pula adalah seperti berikut :

  1. Tahun pertama – 0 %
  2. Tahun kedua – 15 %
  3. Tahun ketiga – 20 %
  4. Tahun keempat – 25% (maksimum)

NCD merupakan antara penentu harga insurans murah atau mahal. Semakin banyak peratus NCD, semakin rendah harga insurans.

Antara faktor NCD kembali semula (reset) kepada 0% adalah jika pemilik kenderaan membuat tuntutan disebabkan kemalangan, kecurian dan kebakaran. Terdapat beberapa tuntutan yang tidak akan menjejaskan NCD antaranya adalah tuntutan windscreen (cermin kereta untuk kereta) dan tuntutan bencana alam seperti banjir atau ditimpa pokok tumbang. Namun begitu, tuntutan ini diasingkan daripada harga insurans asas kemalangan. Ini bermakna tiada paksaan untuk pemilik membuat tambahan insurans.