Gam cermin kereta retak mr diy. Bagaimanakah sekiranya ingin menggunakan gam cermin kereta terutamanya bagi kes cermin kereta retak ?
Di artikel ini merupakan pengalaman aku sendiri yang melalui sendiri cermin kereta retak semasa memandu.
Pada awalnya aku memang tak perasan cermin kereta retak telah berlaku. Biasalah bila dah fokus kepada pemanduan kita tak akan sedar dari awal cermin kereta retak.
Hal ini kerana, kawasan cermin kereta retak yang aku alami adalah berada di kawasan atas tinted gelap pda permukaan cermin kereta.
Bila aku dah turun kereta dan lihat semula dari pandangan luar barulah perasan yang cermin kereta aku telah pun terkena serpihan batu yang awalnya aku ingatkan tiada apa-apa.
Pengalaman mengetahui cermin kereta retak
Memang tak disangka betul kejadian berlaku dengan begitu cepat. Hal ini kerana, walaupun kita sudah berhati-hati, cermin kereta retak tidak boleh dielak walaupun pada waktu itu aku tidak mengikuti kenderaan iaitu lori depan dengan rapat.
Apabila lori tersebut menukar lorong, secara tiba-tiba serpihan batu datang menuju ke arah cermin kereta aku. Mujur juga tidak berlaku cermin kereta pecah.
Disebabkan itu juga pentingnya cermin kereta sekarang dipasang 2 layer cermin kereta. Apabila cermin kereta luar terkena batu, paling tidak pun lapisan dalam cermin kereta masih dalam keadaan baik.
Aku menganggap pada mulanya pasti cermin kereta aku hanya terkena batuan kecil dan mengakibatkan satu bahagian saja terbentuk.
Sebenarnya ke tempat destinasi agak jauh dari tempat terkena batu tersebut, ia juga boleh menyebabkan keretakkan itu tersebar ke bahagian lain oleh kerana tekanan angin pada permukaan cermin kereta.
Ada lebih kurang 5cm hingga 10cm retak itu telah merebak. Aku berasa agak risau dan ingin bertindak untuk tukar kepada cermin kereta baru.
Namun, melalui pemerhatian aku, ianya masih boleh diselamatkan lagi kerana kesannya hanya pada 1 layer cermin windscreen sahaja.
Apakah masih boleh dibaiki cermin kereta retak dengan menggunakan gam cermin kereta ?
Sebelum anda membuat apa-apa keputusan, pastikan anda membuat rujukan. Untuk aku yang dah pernah alami cermin kereta retak, dikira bernasib baik juga kerana tidak perlu sampai perlu tukar cermin kereta baru.
Hal ini kerana, aku telah membuat beberapa pembacaan dan rujukan adalah masih boleh digunakan lagi cermin kereta retak bagi kes aku. Ternyata, ianya masih boleh dibaiki
Jadi, anda yang sedang alami cermin kereta retak, usah risau kerana ianya masih boleh diselamatkan lagi.
Oleh itu, ketahui beberapa spesifikasi tentang masalah cermin kereta retak yang sedang berlaku kepada anda seperti berikut:
1. Berapa panjang cermin kereta anda retak ?
Sebaiknya retak pada cermin kereta anda adalah tidak melebihi 20cm. Hal ini demikian, jika terlalu panjang ianya tidak boleh dibaiki menggunakan gam cermin kereta retak atas faktor keselamatan untuk jangka masa panjang.
Bagi anda yang ingin mencuba meletakkan gam sepanjang bahagian permukaan cermin kereta yang retak adalah dibolehkan.
2. Adakah cermin kereta anda retak mempunyai punca bahagian terkena batu ?
Kebiasaan kes cermin kereta retak akan mempunyai punca dimana batu itu menjadi rujukan utama.
Punca ini perlu ditutup dengan menggunakan gam atau dikenali sebagai resin agar ianya tidak masuk angin sehingga menyebabkan crack atau retak yang bertambah panjang.
Justeru, semasa hujan juga gam ini dapat melindungi dari air memasukkan ruang-ruang pada keretakkan cermin kereta anda.
Maka gunakan gam repair cermin kereta retak. Hal ini kerana, boleh menjadikan cermin kereta retak anda kembali seperti sedia kala.
Namun, ianya bergantung juga kepada teknik dan cara gam cermin kereta retak yang anda gunakan itu betul atau sebaliknya.
Di manakah nak dapatkan gam untuk cermin kereta retak ?
Zaman sekarang amat mudah untuk dapatkan barang-barang gam untuk cermin kereta retak ini. Taip saja di kedai online seperti shoppee atau lazada.
Macam aku, aku ke mr diy untuk mendapatkan gam cermin retak diy ini. Ada beberapa produk dan jenama yang mudah didapati di mr diy. Pastikan ianya disertakan dengan teknik untuk anda lakukannya.
Adakah gam cermin retak mr diy bagus dan tahan lama ?
Gam cermin kereta retak diy sebenarnya alatan bagi membaiki kes-kes cermin kereta retak yang biasa.
Tidak salah untuk anda mencuba gam repair cermin kereta retak kerana ianya mampu memberikan penjimatan tanpa perlu tukar cermin kereta baru.
Berdasarkan cermin kereta aku ianya masih boleh digunakan sehingga kini tanpa sebarang masalah.
Sekiranya kadar cermin kereta retak anda agak serius, ianya tidak mampu mengembalikan seperti cermin kereta anda sepenuhnya.
Lebih-lebih lagi ianya mempunyai retak panjang seperti 30cm dan ke atas. Faktor ini juga dinasihatkan supaya anda terus tukar cermin kereta baru kerana ianya boleh melarat sehingga boleh membahayakan anda ketika memandu.
Berdasarkan gambar yang aku sendiri snap pada kereta aku di atas, garisan retak masih kelihatan dari dalam kereta.
Namun, dari luar kereta jika dilihat tanda punca retak cermin kereta disebabkan batu telah pun hilang.
Garisan cermin kereta retak dari luar juga telah ditutupi menggunakan gam cermin kereta retak mr diy.
Hanya yang tinggal garisan retak cermin kereta dari lapisan luar yang tidak dapat diselamatkan. Namun, ianya selamat digunakan kerana gam untuk cermin kereta retak diy telah menutupi lubang-lubang kecil yang mengelakkan retak semakin panjang.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.