Exam untuk jadi agen insurans. Salah satu proses sebelum menjadi agen insurans kereta adalah melalui peperiksaan.
Peperiksaan atau exam akan menilai adakah anda layak atau sebaliknya untuk menjadi sebahagian dari penjual insuran kenderaan atau dikenali sebagai agen insurans.
Exam untuk jadi agen insurans tidaklah begitu susah. Apa yang perlu anda beri perhatian adalah dari segi beberapa aspek seperti tahu tentang polisi insurans bagi setiap syarikat insurans yang anda wakilkan.
Segala terma dan syarat bagi sesebuah syarikat insurans perlulah anda pelajari agar ianya melayakkan anda menjadi sebahagian dari syarikat insurans tersebut.
Bagaimanakah untuk anda daftarkan diri bagi menghadiri exam untuk jadi agen insurans ?
Perkara yang paling utama adalah anda perlu daftar diri pada sesebuah syarikat insurans kenderaan yang anda inginkan.
Salah satu cara untuk anda daftarkan diri sebelum menghadiri exam untuk jadi agen insurans adalah pergi ke branch syarikat insurans di negeri anda.
Setiap syarikat insurans pasti akan mempunyai syarikat branch yang boleh anda jadikan rujukan sebelum menghadiri exam.
Datang ke branch syarikat insurans berikut dan minta borang untuk menjadi agen insurans kenderaan atau dikenali sebagai insurans general.
Dokumen yang diperlukan semasa mendaftarkan diri untuk melalui exam untuk jadi agen insurans
Terdapat 2 dokumen penting bagi melayakkan anda menjadi agen insurans kenderaan iaitu :
1. Kad pengenalan diri
Kad pengenalan atau IC perlu anda sertakan bagi mendaftar diri sebagai agent insurans kenderaan.
Ianya adalah dokumen paling utama yang perlu syarikat insurans nak lihat sebelum anda didaftarkan bagi menghadiri exam untuk jadi agen insurans.
2. Sijil SPM
Dokumen sijil SPM perlu juga anda sertakan kerana ianya menjadi syarat penting bagi anda yang ingin mendaftarkan diri dalam exam untuk jadi agen insurans.
Jika sijil SPM anda hilang, maka anda perlu mendapatkannya kembali bagi melayakkan diri anda sebagai bukti ianya melepasi syarat dari pihak syarikat insurans.
3. Pembayaran bagi menjalani exam untuk jadi agen insurans
Sertakan sekali fee atau pembayaran ketika anda daftarkan diri. Untuk pengetahuan anda, fee atau pembayaran ini adalah bagi setiap kali anda menjalani exam untuk jadi agen insurans.
Jika lulus maka hanya sekali saja pembayaran dibuat. Manakala, jika tidak lulus, maka pembayaran perlu dibuat setiap kali exam repeat.
Adakah exam untuk jadi agen insurans susah ?
Exam untuk jadi agen insurans merupakan perkara asas yang perlu anda ketahui tentang syarikat insurans yang menawarkan perniagaan insurans kenderaan.
Jawapan kepada soalan yang diberikan adalah berbentuk objektif dan boleh dipilih dengan jawapan paling tepat.
Sebelum menghadiri exam untuk jadi agen insurans, pastikan anda membuat pembacaan tentang :
- Jenis-jenis insurans kenderaan yang terdapat di negara contohnya insurans kereta 1st party dan juga 3rd party.
- Apakah itu Insurans kereta konvensional dan insurans kereta takaful.
- Pengiraan asas.
Di atas merupakan contoh pembacaan yang boleh anda jadikan panduan. Apa yang penting exam untuk jadi agen insurans tidaklah susah dan semua mampu lulus dengan baik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.