Tempoh renew roadtax motor. Berapakah sesuatu tempoh atau waktu atau jangka masa yang diberikan kepada anda sebagai pemilik motor untuk renew roadtax motor ?
Tempoh renew roadtax motorsikal perlu anda ketahui supaya anda selalu memberi perhatian kepadanya bila ianya telah tamat tempoh.
Keutamaan artikel ini adalah diberikan kepada pemilik motor yang baru sahaja memiliki motor. Tidak salah untuk mengambil tahu perkara ini supaya tidak berlaku sebarang kesilapan kelak.
Jika telah berlaku kesilapan, maka masalah lain akan timbul dan akan memberi kesan untuk renew roadtax motor pada waktu seterusnya.
Berapa lama tempoh renew roadtax motor ?
Setiap cukai jalan yang dikenakan kepada pemilik motor diwajibkan untuk anda perbaharui atau renew. Sebaik sahaja telah tamat tempoh roadtax motor, anda perlu menjalani proses renew roadtax motor bagi mengelakkan dari disaman semasa menunggang di atas jalan raya.
Oleh itu, anda perlu tahu berapa lama tempoh renew roadtax motor boleh dibuat. Jawapannya adalah terbahagi kepada 2 tempoh renew roadtax motor iaitu :
- 6 bulan tempoh renew roadtax motor.
- 12 bulan / 1 tahun tempoh renew roadtax motor.
Jadi, sepanjang tempoh ini, anda perlu mengingati bilakah tarikh tamat roadtax motor anda akan tiba setiap 6 bulan atau 12 bulan mengikut waktu sebelum ini anda renew roadtax motor.
Boleh ke tempoh renew roadtax motor dipanjangkan ke 2 tahun ?
Maksudnya disini adakah boleh nak hidupkan roadtax motor untuk tempoh 2 tahun. Jawapannya adalah tidak boleh.
Pihak Jpj telah menetapkan hanya tempoh renew roadtax motor adalah selama 12 bulan paling maximum dan manakala 6 bulan minimum.
Setiap tempoh renew roadtax motor yang tidak mencukupi walaupun 1 hari, perlu melakukan tambahan insurans atau dikenali sebagai extend insurans.
Perkara bagi tempoh renew roadtax motor yang melebihi 12 bulan adalah tidak akan pernah berlaku sama sekali.
Renew roadtax motor tamat tempoh
Bagi melakukan proses renew roadtax motor tamat tempoh, anda digalakkan untuk hidupkan roadtax motor 1 minggu sebelum ianya tamat.
Jika 2 minggu pun dikira terlalu awal bagi urusan renew roadtax motor ini, namun ianya masih dibolehkan. Tiada sebarang percanggahan untuk renew roadtax motor awal tidak boleh dilakukan.
Bagaimana sekiranya nak renew roadtax motor tamat tempoh ? Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui bagi renew roadtax motor tamat tempoh ini.
Jika ianya masih di bawah tempoh 3 tahun roadtax motor anda mati seperti baru sebulan, setahun atau 2 tahun, anda masih boleh renew roadtax motor seperti biasa.
Namun, sekiranya roadtax motor telah mati lebih 3 tahun, maka perlu melakukan pemeriksaan puspakom terlebih dahulu.
Sebaik sahaja lulus pemeriksaan puspakom anda, maka proses renew roadtax tamat tempoh anda tadi sudah boleh dihidupkan seperti biasa.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.