Bateri kereta tahan berapa lama ?

bateri kereta tahan berapa lama
Bateri kereta tahan berapa lama

Bateri kereta tahan berapa lama. Adakah anda ingin tahu sesuatu bateri kereta itu akan bertahan untuk waktu dan tempoh berapa lama ?

Mengapakah kita perlu tahu sesuatu ketahanan bateri kereta itu? Apakah perkara asas dalam kita mengenal pasti bila bateri kereta akan habis atau kong ? Adakah bateri kering tahan berapa lama dibandingkan bateri basah atau sebaliknya ?

Apakah cara mudah untuk kita tahu berapa lama bateri kereta boleh tahan ? Malah, ada ke cara untuk kita elakkan dari terbeli bateri kereta yang kurang dari segi tempoh berapa lama bateri kereta tahan ?

Bateri kereta boleh tahan berapa lama mengikut kereta

1. Bateri kereta bezza tahan berapa lama

Bagi jenama tempatan kereta keluaran yang agak hangat di negara kita ini merupakan antara majoriti kereta perodua bezza berada di atas jalan raya.

Kalau kita buat bancian, dalam 20 buah kereta yang lalu dihadapan kita pastu mempunyai 1 hingga 5 kereta perodua bezza ini.

Namun, adakah disebabkan ianya antara kereta majoriti pilihan di negara kita, adalah disebabkan ketahanan bateri keretanya juga?

Bateri kereta bezza tahan berapa lama ? Aku boleh menjawab ianya bertahan dengan lama lebih-lebih lagi keluaran perodua bezza ini mempunyai teknologi Eco yang memberikan penjimatan minyak.

Dan dalam masa yang masa memberikan ketahanan pada penggunaan bateri kereta tersebut.

Anggaran bateri kereta bezza tahan berapa lama adalah 2 tahun setengan hingga 3 tahun bergantung juga pada cara penggunaan.

2. Bateri kereta myvi tahan berapa lama

Kereta perodua myvi merupakan boleh dikatakan kereta di tangga pertama yang banyak berada di atas jalan raya di negara kita.

Tidak asing lagi kereta keluaran tempatan ini semakin canggih. Walaupun dari generasi ke generasi ianya di keluarkan, pasti menjadi pilihan orang ramai untuk kereta myvi ini.

Namun, yang menjadi persoalan sekarang adakah bateri kereta myvi tahan berapa lama? Mengikut pengalaman aku sendiri yang dahulu pernah menggunakan kereta perodua myvi ini, ketahanan bateri kereta myvi adalah dari 2 tahun hingga 2 tahun setengah.

Ianya merupakan tempoh masa yang agak panjang sebenarnya berdasarkan saiz bateri kereta myvi ini yang kecil.

3. Bateri kereta axia tahan berapa lama

Seterusnya adalah dikira sebagai adik kepada kereta di atas iaitu kereta perodua axia. Tidak disangkal lagi kereta axia memberikan kepuasan dari segi penjimatan minyak.

Apakah jangka waktu bateri axia tahan berapa lama? Sejujurnya kereta axia ini agak kurang penggunaan elektronik dalam kereta.

Anggaran tempoh waktu bagi bateri kereta axia ini adalah 2 tahun hinggalah 3 tahun sahaja.

4. Bateri kereta honda city tahan berapa lama

Dari generasi pertama hinggalah kini kereta honda city merupakan kereta sedap pilihan keluarga sederhana di negara kita.

Bila nak travel kereta honda city ini antara kereta yang selesa untuk perjalanan yang jauh. Kita lihat dari sudut bateri kereta honda city tahan berapa lama ?

Anggaran untuk bateri kereta honda city adalah selama 2 tahun hingga 2 tahun 6 bulan sahaja.

5. Bateri kereta viva tahan berapa lama

Model kereta perodua viva sememangnya tiada lagi keluaran yang baru. Namun, kereta viva ini masih boleh anda miliki secara secondhand.

Faktor ianya mudah digunakan, senang untuk parking dan juga jimat dari segi penggunaan minyak menjadi faktor orang ramai mencari kereta ini untuk dijadikan kereta pergi dan balik kerja.

Untuk bateri kereta viva tahan berapa lama ?Anggaran sepatutnya ia bertahan adalah selama 2 tahun hingga 3 tahun.

Namun, bergantung juga kepada kekerapan penggunaan serta kadar servis mengikut jadual yang baik.

Bateri kereta berapa lama tahan mengikut jenis bateri

1. Bateri kereta kering tahan berapa lama

Sejujurnya selama aku sendiri menggunakan kereta, aku gunakan jenis bateri kering. Alasannya adalah ianya sangat mudah digunakan.

Tak perlu susah-susah untuk buat maintainence lagi. Cuma start enjin dan boleh pandu kereta begitu sahaja tanpa risau.

Namun, ia terdapat tempoh masa maximum yang perlu anda alert bila bateri tersebut akan kong. Bila tiba masa tersebut, anda adalah wajib berjaga-jaga.

Jika ianya dibiarkan berlarutan, silap-silap kereta anda boleh tersadai tepi jalan.

Persoalannya, bateri kering kereta tahan berapa lama ? Aku kerap kali akan standby atau bersiap sedia setiap kali masuk sahaja tahun ke 2 bateri kereta kering ini mengeluarkan tanda-tanda ianya lemah.

Ia tidak menjadi masalah tentang battery kereta tahan berapa lama? Akan tetapi sebaiknya sudah melebihi 2 tahun sudah mencukupi untuk sesuatu bateri kering itu berkhidmat untuk kereta anda.

2. Bateri kereta basah tahan berapa lama

Seterusnya, aku juga turut pernah mencuba jenis bateri basah untuk kereta. Bila dah gunakan bateri basah ini, aku berpendapat ianya masih bagus untuk digunakan.

Terutamanya dari segi tempoh penggunaannya adalah lebih lama dibandingkan bateri kering. Akan tetapi, jangan salah sangka.

Ianya memerlukan cara penjagaan dua hingga 3 kali ganda dari biasa. Terutamanya bagi mengisi air bateri kereta secara berkala.

Dan, aku boleh katakan anggaran untuk waktu penggunaan bateri basah kereta ini adalah 2 tahun 6 bulan hingga 3 tahun setengah.

Bateri kereta tahan berapa lama berdasarkan jenama bateri

1. Bateri kereta century tahan berapa lama

Dulunya aku menggunakan jenama lain sehingga berpengalaman melalui detik cemas ketika start kereta, lalu bateri kereta tersebut menghasilkan bunyi letupan.

Rupa-rupanya bateri tersebut telah kembung dan ianya baru sahaja 2 tahun penggunaan. Dan sekarang aku merupakan pengguna bateri jenama century.

Dah beberapa tahun menggunakan bateri kereta century memang ianya tahan lasak sehinggalah ia mencapai tempoh habis sesuatu bateri.

Berdasarkan pengalaman aku, 2 tahun hingga 2 tahun setengah merupakan standard sesuatu bateri kereta terutamanya century.

Sepanjang tempoh tersebut, tiada sebarang masalah dihadapi oleh bateri century yang aku gunakan.

2. Bateri amaron tahan berapa lama

Bateri amaron merupakan antara pesaing sengit bateri kereta lain yang bertapak di negara kita. Dengan warna hijaunya yang terang amat mudah untuk dikenal pasti.

Tambahan pula, bateri amaron memberikan kelebihan iaitu warrantly sehingga 1 tahun setengah berbeza dengan jenama bateri kereta lain iaitu hanya selama 1 tahun sahaja.

Namun, bateri amaron tahan berapa lama untuk sesebuah kereta ? Anggaran yang sesuai bagi jenama bateri amaron adalah 2 tahun hingga 3 tahun sahaja.

Ada yang cakap boleh tahan lebih lama, tapi bila kereta anda dah mula anda tanda-tanda bateri nak kong, cepat-cepat tukar kepada bateri baru.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Bateri kereta tahan berapa lama ?”

  1. Rashwan avatar

    Terima kasih infonya.

Leave a Reply