Bateri kering kereta boleh cas ke? Mungkin persoalan ini mengundang di dalam minda anda dan tertanya-tanya adakah bateri sel kering kereta boleh di cas tak?
Kebanyakkan kita akan bertindak mengecas bateri kereta atas sebab-sebab tertentu. Mari kita lihat dulu faktor dan sebab mengapa perlu kita cas bateri kereta.
Sebab nak cas bateri kereta
- Terasa bateri kereta masih lagi baru dibeli dan digunakan.
- Susah nak start enjin kereta.
- Ada tanda-tanda semput bila nak start enjin.
- Berfikir bateri kereta tersebut boleh digunakan lama lagi.
Contoh di atas merupakan sebab kita rasa nak cas bateri kereta. Mungkin elektrik dalam bateri tersebut telah kurang namun, masih boleh digunapakai lagi.
Berbalik kepada persoalan adakah bateri kereta sel kering boleh kita cas?
Adakah bateri sel kering untuk kereta boleh dicas ?
Jawapannya adalah boleh. Mengikut pengalaman aku, bateri kering kereta boleh dicas. Namun, bagi pengguna bateri basah aku tidak berapa pasti.
Kerana bateri basah kalau nak tahan lama perlu membuat maintenance pada air dalam bateri. Anda wajib mengisi air dalam bateri menggunakan air bateri dengan berkala.
Jika air selalu sahaja kurang dan tidak dijaga, maka bateri kereta basah akan cepat kong.
Berbanding pengguna bateri kering, anda pula mempunyai kelebihan dengan menghantar bateri untuk dicas.
Cara dan langkah nak hantar bateri sel kering untuk cas
- Cabut bateri kereta gunakan peralatan yang betul dan selamat
- Bawa bateri kereta ke kedai bateri kereta atau kedai repair kereta (tanya dulu)
- Minta orang kedai check dlu bacaan Voltmeter. Jika dibawah 12V boleh cas, jika masih 12V mungkin bukan sebab bateri kong.
- Cas bateri kereta kering akan mengambil masa lebih kurang 4-6jam
- Hantar pagi, ambil bateri semula pada petang
- Pasang semula bateri kereta mengikut cara kita buka tadi.
- Pastikan selepas pasang bateri, pada meter kereta mempunyai lampu meter.
- Jika tiada lampu pada meter bermakna bateri tersebut tidak dipasang dengan betul.
- Hidupkan enjin kereta.
Berapa lama bateri kering kereta boleh tahan selepas pengecasan dibuat ?
Mengikut pengalaman aku sendiri, bila bateri kereta kita dah lama, kemudian kita hantar cas, ia masih lagi boleh kita gunakan seharian.
Namun, ia hanyalah bertahan lebih kurang dalam 3 hingga 6 bulan sahaja. Tidak lama. Adalah dinasihatkan supaya lebih baik beli yang baru bagi yang ada budget.
Bagaimana pula jika mengalami masalah bateri masih lagi baru. Contohnya bateri kereta anda baru setahun pakai, namun ianya cepat habis. Di sini, anda perlu check semula saiz bateri anda.
Saiz bateri juga antara faktor bateri kereta anda cepat kong. Ada juga kereta yang sepatutnya saiz 60L tetapi digunakan bateri saiz 40L sahaja.
Jadi, bagi yang bertanyakan tentang adakah bateri kering kereta boleh cas ke? Jawapannya adalah boleh.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.