Renew Roadtax Di Puspakom

Renew roadtax di puspakom. Seperti yang kita ketahui, sebelum ini hanya roadtax lori, bas dan kenderaan berat sahaja yang boleh membuat roadtax di puspakom sebaik sahaja membuat inspection.

Namun bagaimana pula dengan kenderaan seperti motosikal, kereta ataupun kenderaan e hailing? Adakah dibolehkan membuat roadtax sebaik sahaja membuat inspection melebihi 3 tahun ?

Jika ada memang tampak memudahkan urusan orang ramai. Tidak perlu lagi selepas buat pemeriksaan puspakom, perlu hadirkan diri ke JPJ untuk membuat roadtax LKM lagi.

Renew roadtax kereta di puspakom

Baru-baru ini pihak puspakom telah membenarkan pelanggan yang datang membuat inspection kereta melebihi 3 tahun membuat roadtax kereta.

Kemudahan membuat print terus roadtax kereta di puspakom ini mampu menjimatkan masa pelanggan hanya berurusan di satu tempat sahaja.

Namun demikian, hanya roadtax kereta persendirian sahaja yang dibenarkan buat masa ini.

Cara renew roadtax kereta di puspakom

  1. Daftar secara online seperti laman web di bawah.
  2. Pastikan insurans telah dibuat semasa datang di puspakom.
  3. Atau boleh buat insuran kereta di laman web yang sama sebelum buat roadtax di puspakom.
  4. Selesaikan pemeriksaan kereta di puspakom mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
  5. Proceed buat roadtax kereta setelah selesai urusan pemeriksaan pada hari yang sama.
  6. Siap roadtax kereta.
renew roadtax di puspakom

Renew roadtax kereta e hailing di puspakom

Kenderaan di bawah pendaftaran e hailing tidak boleh buat roadtax di puspakom sebaik sahaja inspection selesai dibuat.

Jadi, hanya ke Jpj sahaja jawapan kepada pemandu e hailing untuk mengeluarkan kertas roadtax LKM yang baharu.

Renew roadtax motor di puspakom

Selesai sahaja pemeriksaan motosikal LKM melebihi 3 tahun di puspakom,wakil atau pemilik sudah boleh buat roadtax di puspakom.

Pihak puspakom baru saja membenarkan membuat roadtax motor secara terus di puspakom selepas inspection dibuat.

Yang seperti sebelum ini hanya kereta persendirian (kecuali e-hailing) boleh terus buat roadtax di puspakom, paling terbaru update dari JPJ telah meluluskan membuat roadtax motosikal di puspakom.

Renew roadtax kenderaan perdagangan decontrolled 7,500kg ke bawah

Jenis-jenis kenderaan ini juga turut boleh membuat roadtax secara terus di puspakom. Seperti biasa, buat temujanji inspection dahulu kemudian temujanji buat roadtax.

Akan tetapi kenderaan berpermit seperti bas sekolah, teksi dan juga lain-lain adalah tidak termasuk untuk membuat roadtax di puspakom.

Selain darinya dibolehkan membuat print roadtax di puspakom sebaik sahaja pemeriksaan lulus.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply