Claim insuran langgar binatang. Proses bagi anda yang ingin membuat claim kemalangan akibat dari terlanggar binatang merupakan proses yang biasa sama seperti claim kemalangan lain.
Pihak syarikat insurans boleh meluluskan claim insurans yang anda buat. Tak kisah jika anda nak claim insurans langgar lembu, anjing mahupun babi.
Dokumen yang diperlukan untuk claim insuran langgar binatang
Apa yang perlu anda sediakan adalah dokumen-dokumen seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan
- Laporan polis
- Gambar kereta seperti yang lampirkan dalam laporan polis
- Polisi insurans
- Salinan lesen memandu (jika diminta)
Mengapa perlu buat laporan polis untuk claim insurans langgar binatang?
Laporan polis perlu dibuat agar pihak insurans boleh membuat dan memproses jenis claim anda. Claim kemalangan anda adalah dikategorikan sebagai kemalangan sendiri.
Mengapa terjadi begitu? Kemalangan-kemalangan yang tidak melibatkan kenderaan lain adalah dikategorikan sebagai kemalangan sendiri.
Malang tidak berbau. Memang susah untuk kita mengelak kejadian-kejadian sebegini.
Adakah perlu menggunakan insurans kita sendiri?
Nak atau tidak, anda perlu membuat claim menggunakan insurans kereta anda sendiri. Malah, dalam senarai tambahan insurans pun tidak disediakan bagi claim insurans langgar binatang ini.
Tambahan insurans itu seperti windscreen, bencana alam. Kelebihan ambil insurans tambahan ini, selepas claim, NCD anda tidak akan ditolak. Untung disitu.
Anda boleh membuat tambahan insuran semasa anda nak renew insurans etiqa online contohnya.
Tetapi tidak untuk claim insurans ini. Minta dijauhkan.
Jadi insurans tahun depan akan jadi mahal?
Betul. Nilai peratus ncd anda bertukar menjadi 0 kerana telah buat claim kemalangan tersebut. Anda perlu mengumpul semula ncd bermula dari 0 sehingga la ia maximum baru harga insurans anda menjadi kembali murah.
Sebelum claim kemalangan langgar binatang | Selepas claim kemalangan langgar binatang |
---|---|
Ncd 55% | Ncd 0% |
Harga insurans rm316 | Harga insurans rm510 |
Tiada sebarang rekod kemalangan | Claim kemalangan akan direkod |
Ada cara lain supaya ncd tahun berikut tetap kekal atau meningkat?
Hanya ada satu cara iaitu anda boleh keluarkan duit secara tunai/cash. Ia bergantung juga pada kemampuan masing-masing. Mana yang lebih berbaloi anda patut pertimbangkan dulu.
Merujuk pada Table 1.0 di atas, jika anda membuat claim, harga insurans pada tahun depan akan naik kepada rm510.
Jika nak bandingkan beribu anda perlu keluarkan, lebih baik korbankan ncd anda itu. Namun, ini adalah sebuah kereta saga tahun 2008.
Bagi kereta-kereta yang masih baru, ia adalah bergantung kepada kes kemalangan yang berlaku. Jika ia tidak serius, maka anda boleh memilih cara untuk keluarkan wang tunai jika ia dalam budget anda.
Langkah-langkah bagi mengurangkan kesan dari kemalangan melibatkan binatang
- Berhati-hati semasa melalui kawasan hutan atau pergunungan atau perkampungan.
- Elakkan dari menggunakan hon jika mendapati terdapat haiwan ditebing jalan bagi mengelakkan binatang tersebut resah dan terperanjat lalu terus melintas jalan dilalui anda.
- Kurangkan kelajuan jika anda melalui jalan yang anda tidak biasa lalui terutamanya kawasan kampung.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.