Apa Itu Adjuster? Apa Peranan Adjuster Dalam Tuntutan Insurans Kenderaan ?

Peranan adjuster insurance adalah menyiasat dan menyelaras nilai kerugian dan pampasan kemalangan. Adjuster insurance merupakan satu syarikat bebas yang dilantik oleh syarikat insurans/takaful bagi menyiasat dan memberi laporan kerugian terperinci sesuatu kes.

Peranan ini akan dijalankan sebaik sahaja anda melakukan cara claim insurans kereta kemalangan anda. Ia adalah melalui menghantar segala dokumen tuntutan insuran kemalangan kepada pihak syarikat insurans kereta anda.

Selagi tuntutan insuran kemalangan tidak dibuat, maka proses claim tidak dapat diteruskan serta adjuster insurance tidak akan melakukan kerjanya.

Bukan itu sahaja,malah termasuklah tuntutan insurans kemalangan pihak ketiga tidak boleh dibuat selagi dokumen-dokumen adalah tidak lengkap disertakan oleh pihak anda yang menjadi mangsa pihak ketiga.

Fungsi adjuster insurance di Malaysia

Terdapat 2 department di dalam syarikat adjuster iaitu :

1. Non Motor Department

Department ini adalah lebih kepada tuntutan kerugian selain daripada kenderaan contohnya insurans kemalangan diri, kebakaran harta benda, bencana alam dan liabiliti awam.

Tahukah anda segala barang perniagaan anda yang diletakkan dalam kilang atau kedai boleh dilindungi?

Sama juga seperti insurans untuk projek-projek yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sedangkan projek potong rumput pun ada dilindungi insurans.

Adjuster ini akan menyiasat segala kerugian yang ditimpa oleh pemilik kedai yang telah membeli insurans dari syarikat-syarikat insurans.

2. Motor Department

(i) Own Damage Department

Department ini adalah untuk tuntutan membaiki kenderaan yang disebabkan oleh kemalangan.

Adjuster akan datang untuk mengenal pasti berapa kerugian untuk membaiki semula kenderaan anda seperti sedia kala.

(ii) Third Party Body Insurans Department

Department ini berperanan kepada tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga kepada pihak insurans yang bersalah disebabkan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan badan atau kematian

Tuntutan ini juga berfungsi melayan pihak ketiga yang terbabit atas pampasan kecederaan.

Semua adalah akibat daripada kejadian kemalangan. Kalau nak buat claim begini, report polis adalah sangat penting.

Bukan saja report polis, nombor plat kenderaan juga sangat penting. Nombor plat juga kita tak boleh hentam. Masalah lain pula akan datang nanti.

Dua perkara ni jika tiada, claim tidak dalam diteruskan. Syarikat insurans (car insurance) pun tidak boleh menggerakkan adjuster melakukan tugas. 

tugas adjuster insurans
tugas adjuster insurans

Boleh ke nak berurusan direct dengan adjuster?

Adjuster mendapat arahan daripada syarikat insurans. Segala urusan adjuster berdasarkan skop kerja dan mengikut undang-undang. Jadi, perkara yang hanya perlu dibaiki saja adjuster akan luluskan.

Ada yang berniat hanya sekadar ingin tahu nilai pampasan insurans kemalangan jalan raya, namun tugas adjuster insurans ini kita perlu menyerahkan segala ketelusan kepada mereka.

Contohnya syarikat Etiqa Car Insurance hanya akan meluluskan segala pembaik pulihan berdasarkan dari adjuster yang bertauliah.

Bila adjuster akan datang untuk lihat kenderaan di bengkel?

Perkara ini adalah diluar pengetahuan kita sebagai pemilik kenderaan. Tugas loss adjuster atau peranan adjuster ini adalah lebih pakar dalam menguruskan hal kerosakan dan menilai jenis kerosakan pada kenderaan anda.

Sebaik sahaja nilai kerosakan telah ditentukan, kerja repair kereta akan dilakukan.

Sebelum hantar kereta ke bengkel, ambil tahu juga mengenai Betterment

Baca ini https://roadtaxkeretaanda.blog/2019/02/07/apa-itu-betterment-untuk-tuntutan-claim-kenderaan/


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Apa Itu Adjuster? Apa Peranan Adjuster Dalam Tuntutan Insurans Kenderaan ?”

  1. […] sesuatu kemalangan berlaku, adjuster insurans akan membuat anggaran nilai kerosakan dan harga pembaikan kenderaan pemegang […]

Leave a Reply