Apa Itu Betterment Untuk Tuntutan (Claim) Kenderaan ?

Apa itu betterment? Maksud betterment insurance adalah kadar tambahan kos yang perlu pemegang polisi (pemilik kenderaan) tanggung semasa membuat tuntutan di Pusat Servis seperti Proton, Perodua, Honda dan lain-lain lagi pusat servis (dealer).

Apakah anda lebih gemar melakukan servis di perodua atau bengkel biasa ? Kebanyakkan dari kita sukakan servis di perodua atau bengkel mengikut jenama kereta yang kita beli.

Sudut pandang lain apa itu claim betterment

Ramai orang lebih selesa nak buat tuntutan claim kenderaan (car insurance) hantar kereta di bengkel francais kepunyaan syarikat servis ni.

Mereka mempunyai kepercayaan lebih untuk tinggalkan kereta berbanding di bengkel-bengkel kereta biasa.

Namun, terdapat betterment charges car insurance yang perlu anda ketahui mengikut peratus dan kereta anda.

Kadar peratus kadar tambahan etiqa betterment adalah seperti berikut :

1. Bawah 5 tahun – 0% atau No Betterment

2. 5 tahun – 15%

3. 6 tahun – 20%

4. 7 tahun – 25%

5. 8 tahun – 30%

6. 9 tahun – 35%

7. 10 tahun dan keatas – 40%

Peratusan ini adalah standard betterment insurance yang telah ditetapkan oleh kebanyakkan syarikat insurans. Perkara ini dikenali sebagai waiver of betterment maksud.

Waiver of betterment cost ini lah menentukan sama ada anda perlu membayar berapa peratus lebihan yang pusat servis kenakan yang dikenali sebagai betterment charges.

Claim insuran kereta lebih 5 tahun

Kata mudahnya, kereta baru bawah 5 tahun tiada apa-apa cas tambahan yang perlu pemegang polisi keluarkan dan ia ditanggung 100% oleh syarikat insurans.

Betterment insurance ni lebih kepada kenderaan yang sudah melebihi had warrantly kereta yang baru dibeli.

Pusat servis tidak memilih kereta lama atau baru. Cuma ada terma yang mereka perlu ikut.

Untuk kenderaan 5 tahun dan keatas yang ingin mendapatkan barang (parts) bahagian asal kenderaan, pemegang polisi perlu membuat tambahan mengikut % seperti kadar di atas.

Bagaimana pula jika kenderaan membuat tuntutan di bengkel panel insurans juga dikenakan betterment?

Kadar betterment akan dikenakan hanya bagi pemegang polisi yang ingin membuat tuntutan (claim) kemalangan di Pusat Servis sahaja.

Di bengkel tuntutan panel insurans 100% akan ditanggung oleh pihak insurans. Anda boleh memilih etiqa panel workshop yang berhampiran rumah anda.

Yang membezakannya adalah jenis barang, iaitu pusat servis memberikan bahagian barang yang asal, manakala di bengkel panel pemegang polisi akan mendapat barang ‘2nd grade’ tetapi barang tersebut adalah dijamin berkualiti.

Contohnya bengkel kereta yang berdaftar sebagai panel workshop etiqa betterment semestinya diawasi oleh pihak syarikat itu sendiri.

Jika anda tidak puashati tentang kualiti setimpal dengan harga yang di claim, anda boleh membuat report di syarikat insurans.

Sebarang kekurangan anda perlu melaporkan supaya akan datang tiada lagi bengkel-bengkel yang tidak telus.

Akibat dari bengkel-bengkel yang tidak telus ini orang ramai berasa takut dan tidak percaya pada kualiti yang bengkel panel insurans lain.

Baca ini untuk tahu kelebihan 1st party insurans

https://roadtaxkeretaanda.blog/2019/01/26/apa-itu-insurans-komprehensif-1st-party/

apa itu betterment
Apa itu betterment

Kenapa perlu bayar betterment

Betterment perlu dibayar bagi memberi jaminan kepada anda supaya kualiti di pusat servis adalah yang terbaik.

Ia bukan sekadar cas lebihan, ia adalah lebih kepada memberi kesan kepada pengguna yang menghantar kereta ke pusat servis kereta.

Barang-barang atau parts yang digunakan adalah direct dari kilang pemasangan. Bukan diambil dari kereta lain yang sudah tidak digunakan lagi.

Terdapat juga kes bengkel panel yang dapat report kerana memberikan barangan yang tidak berkualiti.

Tambahan pula, anda lebih yakin bila berurusan terus dengan pusat servis. Jika harga sedikit mahal itu tidak menimbulkan masalah lain pada masa akan datang, why not?


Posted

in

by

Tags:

Comments

3 responses to “Apa Itu Betterment Untuk Tuntutan (Claim) Kenderaan ?”

  1. Nazarudean Salleh avatar
    Nazarudean Salleh

    Saya telah hantar ke etiqa panel workshop tapi kenapa pihak workshop suruh saya tandatangan surat betterment? WSG3583

    1. Fizha abe avatar

      Kemungkinan besar kereta encik sudah melepasi 5 tahun bermula dari tarikh enjin kereta didaftarkan.

Leave a Reply