Saiz wiper Proton Wira

Saiz wiper Proton Wira. Apakah ukuran panjang saiz wiper yang sesuai digunakan oleh kereta ternama iaitu proton wira ?

Pemilik atau pengguna kereta proton wira sama ada wira sedan mahupun wira aeroback sudah pasti nakkan kepastian secara pantas dan ringkas sebelum nak beli wiper atau pengelap cermin yang baru.

Saiz wiper wira yang tepat sangat penting agar dapat mengelap cermin depan mahupun belakang dengan baik.

Situasi ketika hujan lebat paling kritikal membuatkan pilihan ukuran wiper yang betul pada proton wira anda memberikan keselesaan ketika situasi tersebut.

Saiz wiper Proton Wira Sedan

Penggunaan saiz wiper kereta wira sedan adalah berukuran 20″ dan 17″. Ukuran yang panjang digunakan pada bahagian pemandu hadapan.

Manakala, ukuran lebih pendek pada bahagian sebelah pemandu iaitu penumpang hadapan. Ini tertakluk bagi semua saiz wiper wira sedan 1.3 , 1.5 , 1.6 dan juga 1.8 .

Saiz wiper Proton Wira Aeroback

Begitu juga dengan saiz wiper proton wira aeroback juga turut menggunakan ukuran 20″ dan 17″ . Yang panjang pada pemandu dan pendek sedikit pada sebelah pemandu.

Berbeza sedikit dengan proton wira sedan, proton wira aeroback dilengkapi dengan wiper belakang yang mempunyai ukuran saiz 14″.

Ini juga tertakluk kepada saiz wiper depan dan belaakng bagi proton wira 1.3, 1.5, 1.6 dan juga 1.8 .


Posted

in

by

Tags: