Saiz wiper Perodua Viva : 660, 850 dan 1.0

Saiz wiper Perodua Viva. Berapakah saiz wiper yang digunakan oleh perodua viva untuk bahagian cermin depan dan belakang?

Ikut maklumat tepat dan ringkas dan mudah untuk anda pastikan ukuran wiper perodua viva anda.

Masih ramai sebenarnya yang agak keliru saiz wiper viva yang betul. Nak beli sepasang ke atau nak beli bilah yang berasingan.

Sebenarnya, nak beli sepasang atau berbeza bilah pun tiada masalah yang penting adalah ukuran setiap inci perlu diikuti.

Kesan pilih saiz wiper viva yang tepat agar pemegang besi wiper dapat menekan wiper dan getah tersebut dapat mengelap dengan baik dan kemas.

Berapa saiz wiper perodua viva bagi berbeza spec ?

Untuk maklumat anda, ukuran wiper kereta viva bagi berbeza enjin 660, 850 mahupun 1.0 (viva elite) adalah sama saja.

Lihat pada jadual di bawah untuk anda check ukuran wiper viva secara lengkap dan cepat :

Perodua VivaSaiz wiper Perodua Viva (Depan)Saiz wiper Perodua Viva (Belakang)
Viva 66020″ (Pemandu), 12″ (Penumpang Depan)12″
Viva 85020″ (Pemandu), 12″ (Penumpang Depan)12″
Viva 1.0 (Elite)20″ (Pemandu), 12″ (Penumpang Depan)12″

Secara ringkasnya, bilah panjang 20″ untuk bahagian cermin pemandu anda. Manakala, ukuran 12″ adalah pada bahagian cermin depan bahagian penumpang dan juga cermin belakang.


Posted

in

by

Tags: