Harga roadtax kereta Toyota Avanza

Harga roadtax kereta Toyota Avanza. Berapakah harga roadtax kereta yang anda sepatutnya belanjakan sekiranya anda memiliki kereta toyota avanza ?

Dalam banyak-banyak kenderaan mpv, toyota avanza merupakan salah satu pilihan terbaik untuk anda memuatkan sebuah keluarga ayng sederhana besar.

Dengan kelebihan 7 tempat duduk, toyota avanza sangat sesuai untuk digunakan ke destinasi dekat mahupun jauh dengan selesa.

Namun, ianya juga tidak terlepas dari dikenakan cukai jalan raya setiap tahun dan juga pilihan bagi 6 bulan sekiranya anda mahu.

Apakah beza beli kereta Avanza 1.5 dan juga avanza 1.3 ?

Toyota avanza turut terdiri daripada 2 varian enjin iaitu 1.3cc dan 1.5cc mengikut kesesuaian dan pilihan anda sebagai pengguna mahupun pemilik.

Persoalan ini pasti akan bermain di minda para bakal pembeli dan bakal pemilik kereta toyota avanza.

Jawapan ini adalah terlalu asas dan berikut merupakan pendapat aku sendiri dan pasti tidak sama dengan jawapan anda malah ada juga yang sama.

Memang ketika beli kereta avanza 1.5, harganya akan lebih mahal dibandingkan avanza 1.3 . Dan sudah pasti bayaran bulanan juga akan agak tinggi.

harga roadtax kereta avanza 1.5

Harga roadtax toyota avanza 1.5 juga lebih tinggi dan ianya tidaklah begitu jauh dibandingkan avanza 1.3

Namun, ada kelebihan sekiranya anda membeli avanza 1.5 ini antaranya adalah lebih berkuasa untuk membawa ahli keluarga yang ramai.

Nak buat lencongan kereta di hadapan pun tiada masalah kerana kuasanya yang cukup untuk take over.

Yang paling penting, toyota avanza 1.5 mempunyai facelift iaitu avanza 1.5S yang lebih menawan dan terkini walaupun secondhand.

Untuk menjual semula pada masa akan datang harga marketnya juga tidak jatuh banyak.

Berapakah harga roadtax kereta Toyota Avanza 1.3 sepatutnya dibayar ?

Jumlah bagi harga roadtax kereta avanza 1.3 adalah sebanyak RM70 sahaja dan tidak kurang lebih dari harga tersebut.

Nak buat roadtax avanza 1.3 untuk tempoh 6 bulan sekali pun boleh dengan hanya membayar RM35 sahaja.

Harga ini telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sesuai dengan kereta mpv daripada syarikat toyota berdaftar di negara ini.

Harga roadtax avanza 1.3 juga boleh dibayar lebih sekiranya anda menggunakan servis tempat selain daripada Jpj itu sendiri.

Namun, kadar servis cas yang dikenakan masih berbaloi setanding dengan apa yang anda bakal dapat.

Contohnya adalah seperti di Myeg, kos penghantaran akan dikenakan kepada anda dan roadtax fizikal akan dihantar ke rumah anda.

harga roadtax kereta avanza 1.3

Berapakah harga roadtax kereta Toyota Avanza 1.5 ?

Untuk pengetahuan anda, harga roadtax avanza 1.5 berjumlah sebanyak RM90 sahaja selama tempoh 1 tahun.

Sepanjang 1 tahun tersebut, hanya sekali sahaja pembayaran yang perlu dilakukan oleh anda.

Pilihan sekiranya nak hidupkan cukai jalan avanza untuk 6 bulan adalah RM45 sahaja. Ini bermakna 2 kali pembayaran harga roadtax avanza 1.5 perlu dibuat.

Dibandingkan dengan model dan jenama kereta lain dipasaran yang mempunyai cc enjin 1.5cc, kereta avanza 1.5 merupakan MPV pilihan terbaik dan tahan lasak.

Malah, model-model terbaru yang mempunyai cc enjin1.5cc kebanyakkan perlu membayar harga roadtax yang tidak sama dengan harga roadtax kereta avanza 1.5 .


Posted

in

by

Tags: