Roadtax axia se. Perodua Axia SE (Special Edition) merupakan salah satu varian Axia yang paling popular dalam pasaran, menawarkan kemasan kosmetik dan ciri tambahan yang lebih menarik berbanding varian standard.
Generasi Pertama Axia SE (Gen 1) mula diperkenalkan sekitar tahun 2014 dan pengeluaran utamanya berlanjutan sehingga sekitar tahun 2022. Axia SE Generasi Kedua (Gen 2), yang merupakan sebahagian daripada platform D74A serba baharu, dilancarkan pada tahun 2023 dan kekal relevan hingga ke hari ini.
Perbezaan utama antara Axia SE Gen 1 dan Gen 2 adalah dari segi reka bentuk luaran yang lebih agresif, teknologi keselamatan yang canggih, dan penggunaan platform kenderaan yang lebih moden.
Walaupun terdapat perbezaan ketara dalam harga jualan dan ciri, kedua-dua generasi SE ini mengekalkan kapasiti enjin yang sama, iaitu 998cc (1.0 liter). Pemahaman ini sangat penting kerana cc enjin adalah penentu utama bagi kos tahunan seperti roadtax Axia SE.
Varian SE ini direka untuk menarik pembeli yang mahukan estetika yang lebih sporty tanpa menanggung kos operasi yang tinggi.
Perbandingan Kos Roadtax Axia SE Generasi 1 dan Generasi 2
Timbul persoalan sama ada terdapat perbezaan kos roadtax Axia SE antara Generasi 1 dan Generasi 2.
Memandangkan terdapat jurang harga jualan dan teknologi yang ketara antara keduanya, adakah juga terdapat beza antara roadtax axia bagi varian atau spec SE ini ?
Jawapannya adalah roadtax Axia SE Generasi 1 dan Generasi 2 adalah sama dari segi jumlah cukai yang dikenakan.
Ini adalah fakta kerana peraturan cukai jalan JPJ di Malaysia hanya mengambil kira kapasiti enjin (Cc) dan klasifikasi kenderaan (persendirian).
Namun, ianya bukannya diambil kira dari segi harga jualan atau tahun model kenderaan.
Kedua-dua Axia SE Gen 1 dan Axia SE Gen 2 menggunakan cc enjin di bawah 1000cc.

Justeru, roadtax Axia SE bagi kedua-dua generasi adalah pada kadar cukai tetap paling rendah di Semenanjung Malaysia, iaitu hanya RM20.00 setahun.
Walaupun Axia SE Gen 2 mungkin mempunyai kos insurans yang jauh lebih tinggi. Ini disebabkan oleh nilai pasaran semasa yang lebih mahal, roadtax kekal tidak berubah dan tidak terkesan.
Oleh itu, pemilik Axia SE dari mana-mana generasi boleh menikmati kos roadtax Axia SE tahunan yang paling minima dan berpatutan di pasaran.
Kesimpulan
Kesimpulannya, walaupun Axia SE telah melalui dua evolusi generasi yang signifikan, kos roadtax Axia SE kekal tidak berubah.
Kedua-dua generasi Gen 1 dan Gen 2 hanya dikenakan cukai jalan tahunan yang agak berpatutan.
Ini kerana roadtax didasarkan sepenuhnya pada kapasiti enjinnya, dan bukannya pada ciri atau kemasan tambahan varian tersebut.
Oleh itu, varian SE memberikan kelebihan estetika yang lebih baik tanpa meningkatkan beban kewangan cukai tahunan.
Comments
One response to “Roadtax axia se (special edition) generasi lama dan baru”
[…] dalam teknologi enjin antara Axia lama 1.0L (VVT-i) dan Axia Baharu (E-ECO), faktor penentunya roadtax axia se kekal pada kapasiti enjin […]