Harga roadtax Toyota Vellfire 2.5

Harga roadtax Toyota Vellfire 2.5 . Berapa harga roadtax kereta toyota vellfire lebih-lebih lagi sekiranya anda ingin membeli toyota vellfire 2.5 ?

Setiap kereta yang menggunakan jalan raya adalah wajib untuk renew roadtax kereta mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Tempoh tarikh tamat bagi setiap kereta adalah tidak sama. Kebiasaannya mengikut dari tarikh anda memiliki kereta tersebut.

Tarikh yang sama, namun tahun sahaja yang berbeza menandakan roadtax kereta anda telah pun hidup dan juga tamat mengikut tempoh tersebut.

Untuk menghidupkan roadtax kereta dengan baik, disarankan untuk melakukannya seminggu hingga sehari sebelum ianya tamat.

Seperti roadtax kereta toyota vellfire 2.5 juga sepatutnya dilakukan begitu bagi menjaga tempoh roadtax agar sentiasa dilindungi.

Di artikel kali ini, tumpuan diberikan khas kepada harga roadtax vellfire 2.5 yang sepatutnya dibelanjakan untuk setiap tahun.

Jumlah cc enjin kereta Toyota Vellfire 2.5

Jumlah cc enjin boleh dirujuk dalam setiap geran kereta setelah anda memiliki sesebuah kereta.

Penggunaan cc enjin bertujuan bagi mengetahui nilai sebenar roadtax kereta yang perlu dibayar untuk setiap tahun.

Dengan pilihan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa, anda boleh memilih tempoh masa untuk membuat roadtax kereta dengan 2 pilihan iaitu 12 bulan dan juga 6 bulan.

harga roadtax kereta toyota vellfire 2.5

Untuk road tax vellfire 2.5, jumlah cc enjin perlulah dibaca dengan nilai yang penuh.

Sepanjang toyota vellfire telah dilancarkan, terdapat 2 generasi yang menggunakan cc enjin 2.5cc ini.

Antara generasi toyota vellfire 2.5 tersebut adalah generasi ketiga (AH30) yang bermula dari tahun 2015 hingga 2023. Jumlah cc enjin toyota vellfire generasi ketiga adalah bernilai sebanyak 2493cc.

Seterusnya, toyota vellfire 2.5 diteruskan dengan generasi keempat (AH40) yang bermula dari tahun 2024 hingga sekarang. Jumlah cc enjin toyota vellfire 2.5 yang digunakan oleh model AH40 ini bernilai 2494cc.

Berapakah harga roadtax Toyota Vellfire 2.5 sepatutnya ?

Harga roadtax toyota Vellfire 2.5 untuk model AH30 adalah berjumlah sebanyak RM834.40 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan.

Untuk model toyota vellfire 2.5 AH30 ini juga boleh dibuat untuk tempoh selama 6 bulan dengan harga berjumlah RM417.20 sahaja.

Manakala, harga roadtax vellfire 2.5 untuk model AH40 pula berjumlah sebanyak RM835.20 untuk 12 bulan.

Sekiranya anda ingin menghidupkan roadtax vellfire 2.5 AH40 untuk selama 6 bulan pula berharga sebanyak RM417.60 sahaja.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga roadtax Toyota Vellfire 2.5”

  1. […] Harga roadtax toyota vellfire 2.5 bagi generasi ketiga adalah berjumlah RM834.40 sahaja berdasarkan cc enjin 2493cc. […]