Harga roadtax Honda Odyssey 2.4 . Berapa harga roadtax honda odyssey yang sebenanya perlu dibelanjakan terutamanya untuk honda odyssey 2.4 ?
Setiap proses renew roadtax kereta memerlukan sedikit pengetahuan asas tentang sesebuah kereta.
Dalam membuat roadtax kereta, harga adalah paling penting untuk para pemilik kereta tahu sebelum nak membuat pembayaran.
Pembayaran roadtax kereta untuk kereta yang sama sepanjang ianya digunakan adalah akan sama jumlahnya.
Jadi, adalah dinasihatkan lebih baik sebelum nak membeli sesebuah kereta untuk tahu akan harga roadtax kereta terlebih dahulu.
Sebelum nak tahu harga roadtax kereta, terdapat 1 perkara utama perlu didahulukan bagi kereta yang dilengkapi enjin kereta.
Perkara tersebut adalah jumlah cc enjin yang akan menilai harga roadtax kereta sesebuah kereta yang bakal anda miliki.
Di artikel kali ini, fokus utama kita adalah tentang harga roadtax honda odyssey 2.4 yang menjadi rujukan utama bakal atau yang baru memiliki kereta ini.
Roadtax honda odyssey 2.4 perlu merujuk kepada jumlah cc enjin secara penuh dan dikira dengan tepat bagi setiap 1 cc kereta ini hasilkan.
Jumlah cc enjin kereta Honda Odyssey
Pihak berkuasa menggunakan cc enjin sebagai penentu kepada harga roadtax kereta yang bakal anda bayar setiap tahun.
Jadi, jumlah cc enjin secara penuh merupakan rujukan utama perlu diketahui agar pengiraan harga roadtax kereta odyssey 2.4 boleh dilakukan.
Berdasarkan kemasukkan kereta honda odyssey 2.4 di negara kita, ada terdapat beberapa generasi yang terlibat.
Antara generasi kereta honda odyssey yang menggunakan cc enjin 2.4cc adalah :
- Honda odyssey generasi ketiga (kod : RB1/RB2)
- Honda odyssey generasi keempat (kod : RB3/RB4)
- Honda odyssey generasi kelima (kod : RC1/RC2/RC4)

Honda odyssey 2.4 generasi ketiga bermula dari tahun 2004 hingga 2008 menggunakan cc enjin berjumlah 2354cc.
Manakala, honda odyssey 2.4 dari generasi keempat pula yang bermula keluarannya dari tahun 2009 hingga 2013 menggunakan cc enjin berjumlah 2356cc.
Untuk honda odyssey 2.4 dari generasi kelima yang bermula dari tahun 2014 hingga tahun 2022 pula menggunakan cc enjin yang berjumlah 2356cc.
Berapa harga roadtax Honda Odyssey 2.4 mengikut cc enjin ?
Berdasarkan cc enjin dan generasi kereta honda odyssey yang telah dinyatakan di atas, kiraan harga roadtax honda odyssey 2.4 boleh ditetapkan.
Harga roadtax honda odyssey 2.4 generasi ketiga adalah berjumlah sebanyak RM723.20 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan.
Manakala, harga roadtax honda odyssey 2.4 untuk generasi keempat dan kelima adalah bernilai sebanyak RM724.80 sahaja untuk selama 12 bulan.
Ketiga-tiga generasi honda odyssey 2.4 tersebut boleh juga membuat roadtax selama 6 bulan sekiranya anda mahu dan tiada apa-apa sebarang syarat dikenakan.
Comments
One response to “Harga roadtax Honda Odyssey 2.4”
[…] ini demikian, harga roadtax honda odyssey 2.4 dikira berdasarkan setiap keupayaan enjin atau cc enjin berdasarkan angka 2354cc dan juga […]