Harga roadtax kereta Mitsubishi Pajero

Harga roadtax kereta Mitsubishi Pajero. Berapakah harga roadtax kereta yang seharusnya dibayar untuk setiap tahun bagi sebuah kereta mitsubishi pajero ?

Asas setelah memiliki sebuah kereta adalah menjaga tempoh roadtax kereta agar ianya kekal sah untuk berada di atas jalan raya.

Sebuah kereta pajero merupakan kereta SUV dan bukanlah sebuah pacuan atau pickup yang ramai sering fikirkan.

Kelebihan mitsubishi pajero adalah dari segi mempunyai ketinggian dan dalam masa yang sama boleh membawa penumpang yang ramai.

Dibandingkan dengan kereta-kereta suv lain, kereta pajero juga mempunyai keyakinan untuk mendaki dan menuruni kawasan yang curang dan tidak rata tanpa sebarang masalah.

Contohnya adalah ianya boleh melalui kawasan cerun dan juga melepasi rintangan air banjir tanpa dijangka bila ianya berlaku.

Namun, bukan itu yang ingin kita kupaskan. Di artikel ini, anda akan ketahui tentang roadtax kereta mitsubishi pajero berdasarkan generasi serta cc enjin yang digunakan.

Generasi dan cc enjin kereta Mitsubishi Pajero

Keluaran bagi generasi mitsubishi pajero dan juga mitsubishi pajero sport adalah boleh dikatakan agak lama di negara kita.

Namun, ianya telah dihentikan kemasukkan ke negara ini disebabkan faktor-faktor tertentu.

Di artikel ini, anda akan dapat tahu tentang nilai bagi roadtax kereta pajero yang bakal atau baru sahaja anda miliki.

Kebanyakkan yang ingin membuat survey tentang harga roadtax kereta mitsubishi pajero adalah kepada yang ingin membuat kira-kira budget setelah memiliki kereta ini.

Oleh itu, perkara utama sebelum nak ketahui harga roadtax mitsubishi pajero adalah cc enjin yang digunakan.

Terdapat beberapa cc enjin yang telah digunakan oleh kereta mitsubishi pajero, mitsubishi pajero sport dan juga mitsubishi pajero exceed ini.

Antaranya cc enjin bagi kereta mitsubishi pajero adalah seperti berikut :

  1. Mitsubishi pajero 1.8 atau 1834cc
  2. Mitsubishi pajero 2.4 atau 2430cc
  3. Mitsubishi pajero 2.5 atau 2477cc
  4. Mitsubishi pajero 2.6 atau 2555cc
  5. Mitsubishi pajero 2.8 atau 2835cc
  6. Mitsubishi pajero 3.0 atau 2972cc
  7. Mitsubishi pajero 3.5 atau 3498cc
  8. Mitsubishi pajero 3.5 atau 3496cc
  9. Mitsubishi pajero 3.8 atau 3828cc
harga roadtax kereta mitsubishi pajero

Berapakah harga roadtax kereta Mitsubishi Pajero mengikut cc berikut ?

Roadtax kereta pajero yang akan diberikan adalah berdasarkan jumlah bacaan cc enjin yang teliti.

Walaupun berbeza 1 cc, ianya tetap mempengaruhi harga roadtax kereta pajero yang perlu dibayar anda.

Berikut merupakan harga roadtax kereta mitsubishi pajero untuk tempoh selama 12 bulan penggunaan :

  1. Harga roadtax mitsubishi pajero 1.8 atau 1834cc berjumlah RM373.60 sahaja
  2. Harga roadtax mitsubishi pajero 2.4 atau 2430cc bernilai RM784.00 sahaja
  3. Harga roadtax mitsubishi pajero 2.5 atau 2477cc adalah RM821.60 sahaja
  4. Harga roadtax mitsubishi pajero 2.6 atau 2555cc ialah RM928.00 sahaja
  5. Harga roadtax mitsubishi pajero 2.8 atau 2835cc iaitu RM1,376.00 sahaja
  6. Harga roadtax mitsubishi pajero 3.0 atau 2972cc berjumlah RM1,595.20 sahaja
  7. Harga roadtax mitsubishi pajero 3.5 atau 3498cc bernilai RM2,436.20 sahaja
  8. Harga roadtax mitsubishi pajero 3.5 atau 3496cc adalah RM2,433.60 sahaja
  9. Harga roadtax mitsubishi pajero 3.8 atau 3828cc ialah RM2,964.80 sahaja

Posted

in

by

Tags: