Harga roadtax kereta Ford Ranger. Berapakah harga roadtax kereta yang sepatutnya dibelanjakan setiap tahun bagi anda yang memiliki kereta ford ranger ?
Renew roadtax kereta adalah kewajipan utama setiap pemilik kereta apabila tibanya waktu ianya tamat tempoh.
Bukan sahaja untuk kereta, malah bagi semua kenderaan yang menggunakan jalan raya diwajibkan menghidupkan roadtax.
Hal ini demikian, roadtax kereta atau dikenali sebagai cukai jalan raya merupakan syarat yang pertama diutamakan oleh syarikat insurans sebelum bersetuju membuat sebarang tuntutan lebih-lebih lagi jika berlaku kemalangan.
Di artikel ini, anda akan ketahui harga roadtax kereta ford ranger berdasarkan model serta cc enjin kereta yang digunakan.
Model dan cc enjin kereta Ford Ranger
Cc enjin kereta adalah adalah rujukan utama bagi menentukan sesebuah nilai bagi roadtax kereta.
Seperti ford ranger, terdapat pelbagai model dan cc enjin kereta yang dilancarkan dan dibawa masuk ke negara kita.
Jumlah cc enjin ini mempengaruhi roadtax ford ranger yang bakal anda bayar sebaik sahaja memiliki kereta ini untuk setiap tahun.
Antara model kereta ford ranger yang dijual di negara kita adalah ford ranger raptor, ford ranger platinum, ford ranger stormtrak, ford ranger wildtrak, ford ranger xlt plus, ford ranger xlt, ford ranger xl dan juga ford ranger xl single cab.
Kesemua ini terdiri daripada beberapa cc enjin yang sama walaupun berbeza spesifikasi model.
Berikut merupakan jumlah cc enjin berdasarkan model-model ford ranger yang ada termasuk;ah mengikut generasi pertama mahupun kedua :
| Model Ford Ranger | Cc enjin Ford Ranger |
| Ford Ranger Raptor | 2.0cc atau 1996cc 3.0cc atau 2956cc |
| Ford Ranger Platinum | 2.0cc atau 1996cc |
| Ford Ranger StormTrak | 2.0 atau 1996cc |
| Ford Ranger WildTrak | 2.0cc atau 1996cc 2.2cc atau 2198cc 3.0cc atau 2993cc 3.2cc atau 3198cc |
| Ford Ranger XLT Plus | 2.0cc atau 1996cc |
| Ford Ranger XLT | 2.0cc atau 1996cc 2.2cc atau 2198cc 2.5cc atau 2498cc 3.2cc atau 3198cc |
| Ford Ranger XL | 2.0cc atau 1996cc 2.2cc atau 2198cc 2.5cc atau 2498cc |
| Ford Ranger XL Single Cab | 2.0cc atau 1996cc 2.2cc atau 2198cc |

Berapa harga roadtax kereta Ford Ranger mengikut cc enjin serta modelnya ?
Berdasarkan model yang dinyatakan di atas, harga roadtax ford ranger akan diberi berdasarkan melalui nilai cc enjin.
Anda boleh merujuk kepada nilai penuh cc enjin yang dinyatakan. Hal ini demikian, lebih mudah untuk anda kenal pasti walaupun berbeza-beza model, spesifikasi dan juga tahun keluaran kereta ford ranger yang anda miliki.
Harga roadtax ford ranger 2.0 atau 1996cc adalah berjumlah sebanyak RM438.40 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.
Manakala, untuk harga roadtax ford ranger 2.2 atau 2198cc ialah bernilai sebanyak RM678.40 sahaja bagi tempoh 12 bulan.
Seterusnya, harga roadtax ford ranger 2.5 atau 2498cc adalah berjumlah RM838.40 sahaja untuk selama 12 bulan.
Selain itu, harga roadtax ford ranger 3.0 pula terdapat 2 jenis cc iaitu 2993cc dan juga 2956cc. Untuk cc enjin 2993cc berjumlah RM1,628.80 sahaja bagi tempoh 12 bulan. Manakala, bagi cc enjin 2956cc pula bernilai RM1,569.60 sahaja untuk selama 12 bulan.
Tambahan pula, harga roadtax ford ranger 3.2 atau 3198cc adalah bernilai RM1,956.80 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan.