Harga roadtax kereta Nissan Navara. Berapakah harga roadtax kereta sekiranya anda ingin memiliki sebuah kereta pacuan dari jenama dan model nissan navara ?
Setiap kali memiliki sesebuah kereta, kewajipan yang perlu diketahui adalah renew roadtax kereta apabila ianya hampir tamat tempoh.
Proses renew roadtax kereta ini tidak dilalui ketika pembelian kereta. Namun, ianya sering kali berlaku apabila nak masuk tahun kedua memiliki kereta.
Anda sebagai pemilik kereta boleh menghidupkan roadtax kereta di tempat-tempat yang sepatutnya sama ada secara online mahupun offline.
Untuk menghidupkan roadtax navara, proses tersebut juga adalah sama dengan kenderaan-kenderaan lain.
Apa yang penting adalah sebelum anda nak hidupkan roadtax nissan navara, anda perlu ketahui terlebih dahulu harganya bagi penyediaan budget dari awal.
Sebelum nak tahu harga roadtax nissan navara, anda perlu tahu cc enjin kereta navara yang anda gunakan agar ianya adalah tepat dan benar.
Jumlah cc enjin kereta Nissan Navara
Cc enjin merupakan rujukan asas yang digunakan oleh pihak berkuasa bagi menentukan harga roadtax kereta atau kenderaan selain kereta.
Ianya juga bagi penyelarasan yang lebih teratur dan mudah bagi semua kenderaan yang ingin renew roadtax kereta termasuklah bagi nissan navara.
Fokus di artikel ini adalah bagi kereta nissan navara yang bermula dari tahun 2008 hingga 2015 bagi generasi kedua dan 2016 hingga terkini bagi generasi ketiga.
Kedua-dua generasi nissan navara ini menggunakan cc enjin kereta yang sama iaitu 2.5cc atau 2488cc .

Berapa harga roadtax kereta Nissan Navara sebenarnya ?
Roadtax navara 2.5 boleh dihidupkan dengan 2 pilihan tempoh iaitu 12 bulan dan juga 6 bulan.
Kebiasaannya roadtax nissan navara 2.5 dibuat untuk tempoh 12 bulan terus kerana selari dengan tempoh insurans kereta nissan navara.
Namun, anda sebagai pemilik pun boleh juga hidupkan roadtax nissan navara selama 6 bulan walaupun tiada sebarang alasan.
Harga roadtax nissan navara 2.5 adalah berjumlah sebanyak RM830.40 sahaja untuk anda yang nak renew selama 12 bulan.
Manakala, harga roadtax navara 2.5 bagi tempoh selama 6 bulan pula adalah berjumlah sebanyak RM415.20 sahaja.