Harga roadtax kereta Hyundai Starex

Harga roadtax kereta Hyundai Starex. Berapa harga roadtax kereta bagi sebuah kereta sesuai digunakan oleh keluarga besar iaitu hyundai starex ?

Bagi sebuah kereta MPV 11 tempat duduk ini, hyundai starex adalah antara kereta yang mempunyai kelebihan kerana boleh membawa ramai penumpang dalam satu-satu masa.

Setelah memiliki kereta hyundai starex, akan terdapat perkara asas yang perlu anda berikan perhatian. Antaranya adalah tentang roadtax kereta hyundai starex.

Renew roadtax kereta merupakan perkara wajib bagi setiap pengguna jalan raya termasuklah pengguna motosikal, kereta, van, bas dan juga kenderaan berat.

Kereta hyundai starex juga tidak terlepas daripada menghidupkan roadtax kereta setiap tahun.

Di artikel ini, anda akan ketahui harga roadtax kereta hyundai starex yang sepatutnya dibelanjakan bagi penggunaan sepanjang tempoh yang dipilih.

Model dan cc enjin kereta hyundai starex

Hyundai starex juga dikenali sebagai hyundai grand starex royale di negara kita dibawa masuk bermula dari tahun 2009 hinggalah 2018.

Dan bersambung dengan model facelift yang dikenali sebagai hyundai grand starex executive bermula dari tahun 2019 hingga 2022.

harga roadtax kereta hyundai starex

Berdasarkan cc enjin yang digunakan adalah sama sejak ianya dibawa masuk dari tahun 2009 hingga 2022 iaitu 2.5cc atau 2497cc.

Untuk pengetahuan anda, cc enjin merupakan rujukan utama bagi menentukan harga roadtax hyundai starex.

Berapa harga roadtax kereta Hyundai Starex sepatutnya ?

Roadtax starex adalah sama nilainya sejak ianya mula masuk ke negara ini kerana jumlah cc enjin juga adalah sama walaupun specnya lain seperti kewujudan turbo mahupun tidak.

Harga roadtax starex boleh dipilih dengan 2 pilihan tempoh iaitu 12 bulan atau pun 6 bulan.

Nak mudah boleh terus buat 12 bulan kerana ianya selari dengan tempoh insurans kereta hyundai starex yang wajib dibuat selama 12 bulan.

Ada juga yang buat roadtax hyundai starex selama 6 bulan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan ianya sememangnya tiada masalah sama sekali.

Harga roadtax kereta hyundai starex adalah berjumlah RM837.60 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan. Manakala, untuk harga roadtax 6 bulan hyundai starex 2.5 adalah berjumlah RM418.80 sahaja.


Posted

in

by

Tags: