Harga roadtax kereta Perodua Rusa

Harga roadtax kereta Perodua Rusa. Berapakah harga roadtax kereta untuk sebuah minivan yang mula diperkenalkan dari pengeluaran tempatan iaitu perodua rusa ?

Setiap kereta atau kenderaan hendak melakukan tanggungjawab asas setelah memiliki dan mendapat geran kenderaan.

Perkara asas tersebut antaranya adalah menghidupkan roadtax kereta perodua rusa sebelum ianya mencapat tarikh tamat tempoh yang sedia ada.

Tujuan utama roadtax kereta adalah bagi mencukupkan syarat bagi membuat proses tuntutan (claim) insurans kereta.

Sekiranya syarat roadtax kereta tidak dilengkapkan, maka proses membuat claim insurans kereta tidak dapat diteruskan.

Jumlah cc enjin kereta Perodua Rusa

Jumlah roadtax kereta perodua rusa adalah bergantung kepada pilihan cc enjin yang bakal anda gunakan.

Daripada cc enjin ini pihak berkuasa akan menentukan harga roadtax kereta yang menggunakan jalan raya.

Perkara ini juga sebenarnya diselaraskan bagi kemudahan ramai bukan sahaja untuk kereta, malah bagi motosikal, kenderaan berat dan lain-lain lagi.

Cc enjin bagi perodua rusa adalah terbahagi kepada dua iaitu 1.3cc atau 1296cc dan 1.6cc atau 1590cc.

Tidak lupa juga bagi yang menggunakan enjin 1.5cc atau 1498cc/1499cc yang selalu digunakan setelah menukar enjin rusa yang baru (after market).

harga roadtax kereta perodua rusa

Berapa harga roadtax kereta Perodua Rusa sepatutnya ?

Roadtax perodua rusa secara asasnya mempunyai 2 tempoh pilihan yang terdiri daripada 12 bulan dan juga 6 bulan.

Kebiasaannya nak mudah boleh terus hidupkan roadtax rusa selama 12 bulan terus kerana ianya selari dengan tempoh insuran perodua rusa yang wajib dihidupkan 12 bulan.

Namun, pilihan bagi renew roadtax perodua rusa selama 6 bulan juga boleh dilakukan walaupun tiada sebarang sebab.

Apa yang penting anda dinasihatkan agar menghidupkan roadtax perodua rusa pada 6 bulan kedua seminggu sebelum ianya tamat.

Harga roadtax kereta perodua rusa 1.3cc atau 1296cc adalah berjumlah RM100 sahaja selama 12 bulan dan RM50 bagi tempoh 6 bulan.

Manakala, harga roadtax kereta perodua rusa 1.5cc atau 1590cc adalah berjumlah RM120 sahaja bagi selama 12 bulan dan RM60 untuk 6 bulan.

Untuk yang sudah membuat endorsement enjin perodua rusa yang menggunakan enjin 1.5cc atau 1498cc/1499cc, harga roadtax perodua rusa adalah berjumlah RM120 bagi 12 bulan dan RM60 untuk 6 bulan.


Posted

in

by

Tags: