Harga roadtax kereta Honda Accord

Harga roadtax kereta Honda Accord. Berapakah harga roadtax kereta bagi sebuah kereta kategori segmen D iaitu honda accord di negara kita ?

Renew roadtax kereta merupakan urusan yang tidak boleh diabaikan bagi setiap pengguna atau pemilik kereta.

Setiap tahun roadtax kereta perlulah disediakan budgetnya kerana setiap kereta tidaklah sama dari segi nilai tersebut.

Tempoh bagi hidupkan roadtax kereta juga terbahagi kepada 2 pilihan iaitu 12 bulan dan juga 6 bulan.

Jadi, tiada sebarang alasan untuk anda sebagai pengguna atau pemilik sesebuah kereta untuk tidak menghidupkan roadtax kereta.

Begitu juga bagi anda yang memiliki kereta honda accord, boleh dikatakan sejak dari tahun 1998, generasi kereta ini telah pun dibawa masuk ke negara kita hinggalah tahun 2024.

Jumlah cc enjin kereta Honda Accord mengikut generasi

Cc enjin kereta adalah rujukan utama bagi pihak berkuasa menentukan harga roadtax kereta honda accord anda.

Jadi, segala cc enjin yang digunakan dari generasi keenam yang dikira secara penuh hingga generasi ke sepuluh yang dibawa masuk ke negara kita.

Generasi keenam honda accord yang bermula dari tahun 1998 hingga 2002 yang terdiri daripada cc enjin :

  1. Honda accord 2.0cc atau 1997cc
  2. Honda accord 2.2cc atau 2156cc
  3. Honda accord 2.3cc atau 2254cc

Manakala, generasi ketujuh honda accord bermula dari tahun 2003 hingga 2008 terdiri daripada cc enjin :

  1. Honda accord 2.0cc atau 1998cc
  2. Honda accord 2.4cc atau 2354cc
  3. Honda accord 3.0cc atau 2997cc

Seterusnya, honda accord generasi kelapan dilancarkan pada tahun 2008 hingga 2013 yang mempunyai cc enjin seperti :

  1. Honda accord 2.0cc atau 1997cc
  2. Honda accord 2.4cc atau 2354cc

Kemudian, honda accord generasi kesembilan pula disambung dari tahun 2013 hingga 2019 yang terdiri daripada cc enjin :

  1. Honda accord 2.0cc atau 1997cc
  2. Honda accord 2.4cc atau 2356cc

Dan yang keluaran honda accord generasi kesepuluh iaitu bermula dari tahun 2020 hingga 2024 yang mempunyai cc enjin seperti :

  1. Honda accord 1.5cc atau 1498cc

Untuk honda accord generasi kesebelas iaitu yang terkini tidak memasuki pasaran negara kita. Ianya adalah daripada berikutan ada beberapa sebab yang mungkin tidak dapat dielakkan.

harga roadtax kereta honda accord

Berapa harga roadtax kereta Honda Accord mengikut generasi dan cc enjin yang digunakan ?

Berikut merupakan harga roadtax honda accord yang mengikut generasi dan juga cc enjin yang bakal atau sedang kereta honda accord anda gunakan :

Anda boleh melihat melalui jadual yang diberikan tentang harga roadtax honda accord 1.5 turbo, harga roadtax honda accord 2.0, harga roadtax honda accord 2.2, harga roadtax honda accord 2.3, harga roadtax honda accord 2.4 dan juga harga roadtax honda accord 3.0 .

Generasi kereta
Honda Accord
Cc enjin keretaHarga roadtax kereta Honda Accord
Gen 6th1997cc (2.0cc)
2156cc (2.2cc)
2254cc (2.3cc)
RM378.50
RM536.00
RM634.00
Gen 7th1998cc (2.0cc)
2354cc (2.4cc)
2997cc (3.0cc)
RM379.00
RM734.00
RM2,122.50
Gen 8th1997cc (2.0cc)
2354cc (2.4cc)
RM378.50
RM734.00
Gen 9th1997cc (2.0cc)
2356cc (2.4cc)
RM378.50
RM736.00
Gen 10th1498cc (1.5cc)RM90.00

Posted

in

by

Tags: