Harga roadtax kereta Toyota Alphard

Harga roadtax kereta Toyota Alphard. Berapa harga roadtax kereta untuk sebuah jenama dan model terkenal ketika ini iaitu toyota alphard ?

Renew roadtax kereta merupakan satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan oleh setiap yang memiliki kereta.

Berapa banyak kereta sekalipun, anda tidak boleh mengabaikan proses menghidupkan roadtax kereta kerana ia adalah satu kewajipan utama.

Ada dua pilihan yang boleh anda lakukan iaitu renew roadtax kereta untuk jangka masa selama 12 bulan atau pun 6 bulan.

Nak mudah biasanya renew roadtax kereta 12 bulan terus. Tetapi jika hidupkan roadtax kereta 6 bulan sekali pun tiada salahnya kerana ianya adalah pilihan masing-masing.

Begitu juga sekiranya anda memiliki kereta toyota alphard. Renew roadtax toyota alphard mempunyai harganya berdasarkan cc enjin toyota alphard yang anda miliki.

Jumlah cc enjin kereta Toyota Alphard

Cc enjin merupakan asas bagi pengiraan harga roadtax kereta bagi setiap kenderaan di negara ini.

Jika dilihat pada pasaran di negara kita, toyota alphard mempunyai variasi keupayaan enjin atau cc enjin kereta yang agak banyak.

Di artikel ini, rujukan kereta alphard dibuat dari generasi ke 2 (AH20) yang bermula dari tahun 2008 hingga 2014.

Toyota alphard generasi kedua ini terdiri daripada cc enjin seperti 2.4cc atau 2362cc dan juga 3.5cc atau 3456cc.

Manakala, untuk generasi ke 3 toyota alphard (AH30) pula bermula dari tahun 2015 hingga 2023.

Untuk generasi ketiga alphard ini telah dibawa masuk cc enjin berupa 2.5cc atau 2493cc dan juga 3.5cc atau 3456cc.

Tambahan pula, generasi ke 4 toyota alphard (AH40) pula dibawa masuk secara import bermula dari tahun 2023 hingga kini.

Ianya terdiri daripada cc enjin berjumlah 2.4cc atau 2393cc dan juga 2.5cc atau 2493cc sahaja.

harga roadtax kereta toyota alphard

Berapa harga roadtax kereta Toyota Alphard mengikut cc enjin ?

Roadtax alphard yang akan diberikan adalah tepat berdasarkan pengiraan berdasarkan nilai cc enjin secara penuh.

Berikut merupakan harga roadtax toyota alphard mengikut cc dan generasi yang boleh anda jadikan rujukan utama :

Harga roadtax Toyota Alphard 2.4

Roadtax alphard 2.4 adalah berdasarkan generasi kedua (AH20) dan juga generasi keempat (AH40).

Kedua harga roadtax alphard 2.4cc adalah berbeza kerana bacaan cc enjin secara lengkap adalah berlainan.

Harga roadtax toyota alphard 2.4 atau 2362cc bagi AH20 (generasi kedua) adalah berjumlah sebanyak RM729.60 sahaja untuk tempoh 12 bulan.

Manakala, harga roadtax toyota alphard 2.4 bagi generasi AH40 (generasi keempat) untuk cc enjin 2393cc adalah sebanyak RM754.40 sahaja selama 12 bulan.

Harga roadtax Toyota Alphard 2.5

Manakala, bagi roadtax alphard 2.5 pula mempunya 2 generasi juga iaitu generasi ketiga (AH30) dan keempat (AH40).

Harga roadtax alphard 2.5 ini adalah berdasarkan 1 cc enjin yang sama jumlahnya iaitu 2493cc dengan berjumlah sebanyak RM834.40 sahaja selama tempoh 12 bulan penggunaan.

Harga roadtax Toyota Alphard 3.0

Roadtax alphard 3.0 hanyalah ada pada generasi pertama (AH10) toyota alphard yang bermula dari tahun 2002 hingga 2008.

Harga roadtax alphard 3.0 berdasarkan cc enjin 2994cc iaitu berjumlah RM1,630.40 sahaja bagi selama 1 tahun.

Harga roadtax Toyota Aphard 3.5

Selain itu, roadtax alphard 3.5 pula adalah untuk generasi kedua (AH20) dan generasi ketiga (AH30).

Untuk harga roadtax alphard 3.5 ini juga adalah berdasarkan hanya 1 cc enjin iaitu 3456cc yang berjumlah RM2,369.60 sahaja bagi tempoh sepanjang 12 bulan.


Posted

in

by

Tags: