Harga roadtax kereta Honda Civic Fe. Berapakah harga roadtax kereta bagi sebuah kereta sedan keluaran terkini yang menjadi pilihan utama iaitu honda civic fe ?
Menghidupkan roadtax kereta adalah satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan oleh setiap pengguna atau pemilik kereta.
Kereta atau kenderaan yang menggunakan jalan raya seharusnya mempunyai perlindungan bukan sahaja untuk kereta sendiri, malah bagi perlindungan kenderaan sekeliling.
Ini menandakan renew roadtax kereta merupakan satu tanggungjawab yang besar dan tidak boleh dipandang ringan.
Sudah pasti apabila tanggungjawab sudah diambil, para pengguna jalan raya akan lebih bersikap lebih berhati-hati.
Di artikel ini anda akan ketahui tentang harga roadtax kereta honda civic fe yang sepatutnya dibayar.
Artikel berkaitan : Harga roadtax kereta Honda Civic
Cc enjin kereta Honda Civic Fe
Keupayaan enjin kereta merupakan bacaan enjin kereta yang digunakan oleh setiap kereta melalui cc enjin.
Pihak berkuasa menggunakan bacaan cc enjin bagi menentukan setiap nilai untuk roadtax kereta.
Ini merupakan kaedah sekarang yang menjadi penentu kepada harga roadtax honda civic fe.
Terdapat dua jenis enjin kereta yang digunakan oleh keluaran generasi ke sebelas honda civic ini.

Cc enjin yang digunakan oleh honda civic fe tersebut adalah 1.5cc atau 1497cc dan juga 2.0cc atau 1993cc .
Honda civic fe kiranya termasuk dalam dua kategori iaitu harga roadtax kereta 1.5 cc dan juga harga roadtax kereta 2.0 cc .
Enjin 1.5cc dilengkapi dengan kehadiran turbo dan enjin 2.0 pula dilengkapi dengan tambahan bateri elektrik yang dikenali sebagai hybrid atau eHev.
Berapa harga roadtax kereta Honda Civic Fe sebenarnya ?
Apabila dah tahu jumlah cc enjin, maka mudahlah untuk ketahui berapa harga roadtax civic fe yang sepatutnya dibelanjakan.
Harga roadtax kereta honda civic fe untuk 1.5cc atau 1497cc adalah berjumlah RM90 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan.
Manakala, harga roadtax kereta honda civic fe bag 2.0 atau 1993cc pula bernilai sebanyak RM376.50 sahaja untuk jangka masa selama 12 bulan penggunaan.
Kedua honda civic fe yang dinyatakan boleh menghidupkan roadtax kereta civic fe selama 6 bulan jika mahu.
Maka harga roadtax honda civic fe 1.5 untuk 6 bulan adalah RM45 sahaja dan harga roadtax honda civic fe 2.0 untuk 6 bulan pula berjumlah RM188.25 sahaja.