Harga roadtax kereta Toyota Vellfire. Berapakah harga roadtax kereta untuk kereta pilihan yang dikira mewah dan esklusif iaitu toyota vellfire ?
Renew roadtax vellfire merupakan perkara wajib untuk setiap yang memiliki kereta yang boleh dikatakan mewah ini.
Ianya bukan sahaja untuk kereta vellfire roadtax, malah terdapat juga kos-kos lain yang penting untuk dibelanjakan sepanjang pemilikan kereta ini.
Di artikel ini, anda akan ketahui tentang nilai bagi roadtax vellfire 2.4, roadtax vellfire 2.5 dan juga roadtax vellfire 3.5 yang sering kali menjadi pilihan ramai di negara kita.
Anda akan ketahui 3 harga roadtax vellfire yang berbeza mengikut jumlah cc enjin yang dilengkapi oleh kereta toyota vellfire.
Cc enjin kereta Toyota Vellfire
Para peminat yang masih target untuk membeli kereta toyota vellfire atau yang sudah membeli kereta ini perlu mengetahui berapakah cc enjin yang dilengkapi oleh kereta anda.
Hal ini demikian, cc enjin merupakan rujukan utama kepada harga roadtax toyota vellfire yang perlu anda bayar setiap tahun.
Cc enjin yang kita akan perlihatkan juga adalah berdasarkan toyota vellfire generasi ke dua, generasi ketiga dan juga generasi ke empat iaitu terkini setakat ini.
Ketiga-tiga generasi ini mempunyai tahun dan cc enjin yang sama dan ada juga tidak sama.
Untuk generasi kedua toyota vellfire (AH20), ianya dibawa masuk sejak tahun 2008 hingga 2015. Cc enjin kereta toyota vellfire ini adalah 2.4cc atau 2362cc dan 3.5cc atau 3456cc.
Manakala, generasi ketiga toyota vellfire dengan kod AH30 pula dibawa masuk ke negara kita sejak tahun 2015 hingga 2023. Ianya terdiri daripada cc enjin iaitu 2.5cc atau 2493cc dan juga 3.5cc atau 3456cc.
Dan generasi keempat toyota vellfire dikenali dengan kod model AH40 pula bermula dari tahun 2023 hingga kini. Toyota vellfire AH40 ini terdiri daripada cc enjin 2.4cc atau 2393cc dan juga 2.5cc atau 2494cc.

Harga roadtax kereta Toyota Vellfire mengikut generasi dan cc enjin
Roadtax vellfire yang akan diberikan adalah merujuk kepada generasi. Dan juga jumlah cc enjin yang dilengkapi oleh sebuah kereta toyota vellfire.
Harga roadtax Toyota Vellfire 2.4
Roadtax vellfire 2.4 adalah berdasarkan kereta-kereta toyota vellfire generasi kedua(AH20) dan keempat (AH40).
Namun, bagi kedua-dua generasi toyota vellfire ini mempunyai perbezaan dari segi jumlah cc enjin 2 angka terakhir iaitu 2362cc dan juga 2393.
Harga roadtax vellfire 2.4 untuk toyota vellfire generasi kedua adalah berjumlah sebanyak RM729.60 sahaja untuk 12 bulan. Manakala, bagi harga roadtax vellfire 2.4 generasi keempat pula adalah berjumlah RM754.40 sahaja.
Harga roadtax Toyota Vellfire 2.5
Selain itu, untuk harga roadtax vellfire 2.5 pula terbahagi kepada dua generasi juga iaitu generasi ketiga (AH30) dan generasi keempat (AH40).
Harga roadtax toyota vellfire 2.5 bagi generasi ketiga adalah berjumlah RM834.40 sahaja berdasarkan cc enjin 2493cc.
Manakala, harga roadtax toyota vellfire 2.5 untuk generasi keempat berdasarkan cc enjin 2494cc adalah berjumlah RM835.20 sahaja.
Harga roadtax Toyota Vellfire 3.5
Walau bagaimanapun, terdapat dua generasi toyota vellfire yang mempunyai cc enjin 3.5cc iaitu generasi kedua (AH20) dan juga generasi ketiga (AH30).
Kedua generasi toyota vellfire ini mempunyai jumlah cc enjin yang sama iaitu 3456cc yang membawa kepada harga roadtax velfire 3.5 berjumlah sebanyak RM2,369.60 sahaja untuk tempoh 12 bulan.