Harga roadtax kereta Toyota Unser. Berapa harga roadtax kereta untuk jenama dan model kereta yang sangat terkenal suatu ketika dahulu iaitu toyota unser ?
Sejak tahun 1998 kereta toyota unser telah dilancarkan di negara kita. Kereta jenis mpv ini pada zaman dahulu sangatlah terhad dari segi pilihan.
Jadi, kemasukkan kereta yang mempunyai 8 tempat duduk (8-seater) ini sangatlah dialu-alukan bagi keluarga yang agak ramai atau pun besar.
Sehingga kini, sesiapa yang masih menggunakan kereta toyota unser berpuas hati kerana nak maintain pun mudah dan agak murah.
Akhir pengeluaran kereta toyota unser ini adalah pada tahun 2005 di negara kita. Namun, hingga kini di pasaran masih ada yang membeli bagi kegunaan seperti membawa ahli keluarga yang ramai dan juga membawa barangan untuk berniaga.
Oleh itu, jika anda nak memiliki kereta ini, adakah kos dari segi harga roadtax unser ini berpatutan untuk setiap tahun selepas memilikinya ?
Jumlah cc enjin kereta Toyota Unser
Sebelum kita nak terus kepada harga roadtax unser, keperluan untuk mengetahui jumlah cc enjin adalah sangat penting.
Hal ini kerana, nilai cc enjin menjadi rujukan utama dan penentu kepada harga roadtax kereta toyota unser yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
Jadi, jika anda belum memiliki kereta toyota unser, pastikan anda membuat rujukan nilai cc enjin toyota unser lebih awal.

Oleh itu, keluaran enjin atau cc enjin kereta toyota unser ada dua iaitu 1.8cc atau 1781cc dan 2.4cc atau 2446c.
Cc enjin 1.8cc menggunakan petrol sejak pelancarannya pada 1998. Manakala, cc enjin 2.4cc pula menggunakan diesel yang bermula sejak tahun 1999.
Kebanyakkan yang menjadi pilihan ramai dan terdapat dipasaran secondhand sekarang adalah cc enjin 1.8cc.
Berapa harga roadtax kereta Toyota Unser sebenarnya ?
Harga roadtax unser 1.8 adalah berjumlah sebanyak RM354.50 sahaja bagi tempoh 12 bulan.
Manakala, harga roadtax unser 2.4 adalah berjumlah RM796.80 sahaja untuk jangka tempoh selama 12 bulan.
Namun, untuk roadtax unser 1.8 dan 2.4, anda boleh membuat pilihan renew roadtax kereta untuk tempoh 6 bulan sekali.
Nilai bagi roadtax toyota unser 1.8 untuk 6 bulan adalah sebanyak RM177.25 sahaja.
Manakala, harga roadtax toyota unser 2.4 bagi tempoh 6 bulan pula sebanyak RM398.20 sahaja.