Harga roadtax kereta Naza Citra. Berapakah harga roadtax kereta untuk sebuah kereta yang suatu hari dahulu terkenal iaitu naza citra ?
Menghidupkan roadtax kereta adalah satu perkara asas bagi setiap pemilik kereta di negara kita perlu tahu.
Ianya perlu didahului dengan renew insurans kereta terlebih dahulu, kemudian barulah renew roadtax kereta boleh diteruskan.
Begitu juga dengan kereta naza citra, wajib untuk anda hidupkan insurans kereta naza citra dahulu untuk elakkan tidak boleh teruskan membuat naza citra roadtax.
Jika masih roadtax naza citra tidak boleh dibuat, maka masalah seterusnya ada kemungkinan besar disebabkan saman.
Saman boleh menyebabkan roadtax naza citra anda terhalang. Saman banyak tidak mengapa yang penting saman yang sudah disenarai hitam perlu dibayar terlebih dahulu.
Cc enjin kereta Naza Citra
Cc enjin merupakan bacaan keupayaan enjin kereta yang wajib dimasukkan dalam setiap geran kereta.
Ianya menandakan berapakah nilai enjin yang digunakan dan dilengkapinya tanpa perlu melihat secara mata kasar dengan membuka setiap bonet kereta.
Cc enjin ini yang digunakan oleh pihak berkuasa di negara kita bagi menentukan harga roadtax kereta naza citra.

Kereta naza citra di bawa masuk ke negara kita dengan hanya 1 cc enjin sahaja iaitu 2.0cc atau 1975cc bermula sejak dari tahun 2005 hinggalah tahun 2012.
Ianya dikira kereta MPV yang terkenal pada waktu itu dan menjadi pilihan keluarga sederhana besar kerana ianya mempunyai 7 tempat duduk (7-seater).
Berapakah harga roadtax kereta Naza Citra ?
Roadtax naza citra 2.0 boleh terbahagi kepada dua tempoh masa iaitu selama 6 bulan dan juga 12 bulan.
Jika ada budget, maka sangat digalakkan untuk buat roadtax naza citra 2.0 selama 12 bulan terus.
Manakala, sekiranya terdapat kekangan budget atau lain-lain masalah, juga dibolehkan untuk renew naza citra roadtax selama 6 bulan.
Harga road tax naza citra 2.0 untuk tempoh 12 bulan adalah berjumlah RM367.50 sahaja. Oleh itu, bagi tempoh 6 bulan pula sebanyak RM183.75 sahaja.