Harga roadtax kereta Proton Satria & Proton Satria Neo. Berapakah harga roadtax kereta untuk sebuah kereta dari jenama proton yang terkenal untuk model hatchback iaitu satria dan satria neo ?
Pada tahun 1994, sebuah kereta 3 pintu telah diperkenalkan oleh pihak proton di negara kita.
Ianya membawa satu market yang agak berlainan kerana fokus dari pihak proton adalah untuk menjual kepada pemuda mahupun pemudi.
Dengan keunikan seperti kereta sport 3 pintu menarik perhatian kepada yang suka akan reka bentuk dan juga pengalaman pemanduannya.
Cc enjin kereta Proton Satria dan Satria Neo
Terdapat 3 jenis enjin dilancarkan secara berperingkat iaitu 1299cc atau 1.3cc,1468cc atau 1.5cc dan juga 1597cc atau 1.6cc .
Manakala, 3 transmisi pilihan juga diberikan iaitu 3-speed automatik, 4-speed automatik dan juga 5-speed manual.
Sehingga kini, masih terdapat para pemilik yang menggunakan kereta ini dan dijadikan sebagai kereta kedua mereka.
Permintaan di pasaran juga agak tinggi malah kedai-kedai kereta terpakai juga mencari kereta satria ini.
Tidak lama kemudian, pada tahun 1998 pula telah dilancarkan model proton satria yang menggunakan enjin 1.8cc yang dikenali sebagai satria GTi.
Maka, semakin ramai yang ingin membeli kereta ini terutamanya orang muda dan hingga kini ianya dianggap kereta panas.
Kemudian, telah dilancarkan pula generasi kedua kereta proton satria yang dikenali sebagai proton satria neo.
Untuk generasi kedua ini, ianya dilengkapi dengan 2 cc enjin sahaja iaitu 1.3cc dan juga 1.6cc .

Harga roadtax kereta Proton Satria
Roadtax kereta proton satria terbahagi kepada beberapa harga mengikut cc enjinnya.
Untuk proton satria 1.3, harga roadtax kereta ini adalah berjumlah RM70 sahaja. Manakala, harga roadtax kereta proton satria 1.5 pula sebanyak RM90 sahaja.
Selain itu, untuk harga roadtax proton satria 1.6 pula adalah sama dengan enjin 1.5 iaitu RM90 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.
Sebelum anda nak memiliki kereta ini, pastikan betul-betul cc enjin atau keupayaan enjin kereta satria berdasarkan dalam geran kereta ini.
Harga roadtax kereta Proton Satria Neo
Walau bagaimanapun, untuk proton satria neo iaitu generasi kedua proton satria hanya terdapat 2 jenis cc enjin.
Untuk harga roadtax kereta proton satria neo 1.3 , ianya bernilai sebanyak RM70 sahaja selama 1 tahun.
Manakala, harga roadtax kereta satria neo 1.6 pula adalah sebanyak RM90 untuk tempoh yang sama iaitu 12 bulan atau 1 tahun.
Perbezaan harga roadtax kereta satria neo seperti satria neo biasa, satria neo cps dan juga satria neo r3 adalah merujuk kepada cc enjin di atas.