Harga roadtax kereta Honda CRV

Harga roadtax kereta Honda CRV. Berapakah harga roadtax kereta untuk sebuah kereta ternama iaitu honda crv di negara kita ?

Sejak kereta honda dibawa masuk ke negara kita, terdapat beberapa cc enjin yang menjadi pilihan ramai seiring dengan keluaran daripada pihak pengilang honda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, cc enjin merupakan rujukan utama pihak berkuasa bagi menentukan harga roadtax kereta honda crv.

Penetapan ini adalah bagi kemudahan semua kenderaan termasuklah seperti kereta honda crv yang mempunyai cc enjin yang berlainan.

Cukai jalan raya atau roadtax crv yang telah ditetapkan adalah sama untuk semua pengguna honda crv mengikut cc enjin yang anda miliki.

Senarai cc enjin kereta honda CRV sejak generasi ke 3

Bermula pada tahun 2006 hingga 2011, honda crv generasi ke 3 telah pun dilancarkan dengan cc enjin berjumlah 1997cc atau 2.0cc .

Manakala, generasi ke 7 pula, honda crv membawa masuk 2 jenis cc enjin. Iaitu 1997cc atau 2.0cc dan juga 2354cc atau 2.4cc .

Seterusnya, bagi generasi ke 8, kereta honda crv melancarkan 1 jenis cc enjin 1997cc atau 2.0cc. Dan juga 1 cc enjin yang lebih kecil tetapi dilengkapi dengan teknologi turbo iaitu 1498cc atau 1.5cc .

Yang terkini iaitu generasi ke 9 honda crv meneruskan cc enjin 1498cc atau 1.5cc yang dilengkapi turbo. Dan cc enjin baru 1993cc atau 2.0 e:Hev yang dibantu oleh electrik hybrid.

Jadi disini terdapat 3 jenis cc enjin yang berbeza iaitu roadtax crv 1.5, roadtax crv 2.0 dan juga roadtax crv 2.4 .

harga roadtax kereta honda crv

Berapakah harga roadtax kereta honda crv untuk 3 cc enjin yang berbeza ini ?

Harga roadtax crv yang akan dinyatakan adalah bundaran terdekat bagi menggenapkan nilai yang paling hampir.

Tujuannya adalah bagi memudahkan para pemilik untuk mengasingkan duit dan dalam masa yang sama tidak keliru dengan jumlah yang berhampiran.

Harga roadtax honda crv 1.5 adalah berjumlah RM120 sahaja untuk jangka tempoh selama 12 bulan.

Manakala, harga road tax honda crv 2.0 (bukan e:HEV) pula berjumlah sebanyak RM438.80 sahaja. Untuk harga roadtax crv 2.0 e:HEV pula sebanyak RM437.20. Jika dibundarkan keduanya berhampiran dengan RM440 sahaja untuk 12 bulan penggunaan.

Artikel berkaitan : Harga roadtax kereta honda crv 2.0

Selain itu, harga roadtax honda crv 2.4 pula bernilai sebanyak RM723.20 dan dibundarkan kepada RM724 sahaja untuk setiap tahun.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga roadtax kereta Honda CRV”

  1. […] roadtax kereta Honda Crv 2.0. Berapakah harga roadtax kereta honda crv dengan cc enjin spesifik iaitu honda crv 2.0 untuk selama 1 tahun dan 6 bulan […]