Harga roadtax kereta Proton Savvy

Harga roadtax kereta Proton Savvy. Berapakah harga roadtax kereta untuk kereta jenama tempatan iaitu proton savvy pada ketika ini ?

Kereta proton savvy telah dilancarkan sejak tahun 2005 di negara kita. Dengan permulaannya dibawa masuk dengan transmisi gear manual sahaja.

Pada tahun yang sama juga, transmisi AMT telah pun dilancarkan bagi menjadi pilihan kepada para pembeli sebelum memilikinya.

AMT atau dikenali sebagai automated manual transmission adalah satu keunikan bagi kereta proton savvy yang tiada pada mana-mana kereta sama dengan jenama ini.

Boleh dikatakan transmisi ini boleh menukar dari gear manual kepada automatik dan juga sebaliknya.

Ia adlaah mengikut kesesuaian yang diinginkan bukan sahaja kepada para pemilik malah penggunanya.

Berapa cc enjin kereta Proton Savvy ?

Setiap kereta mempunyai enjin kereta yang telah dicatatkan berapa nilai bagi keupayaan pada dokumen penting seperti geran kereta.

Melalui bacaan cc enjin kereta proton savvy boleh ditentukan harga roadtax proton savvy dengan mudah dan tepat.

harga roadtax kereta proton savvy

Kereta proton savvy didatangkan dengan keupayaan enjin berjumlah 1149cc. Jika dmudahkan menjadi cc enjin adalah sebagai 1.2cc .

Daripada nilai cc enjin kereta savvy inilah kita boleh dapat tahu harga roadtax savvy yang perlu dibelanjakan setiap tahun.

Adakah harga roadtax kereta proton savvy lebih mahal disebabkan ianya menggunakan transmisi boleh dikatakan double transmisi iaitu manual dan auto ?

Berapa harga roadtax kereta Proton Savvy ?

Sebenarnya harga roadtax savvy tiada kaitan dengan transmisi. Yang berkait kepada nilai roadtax savvy hanyalah jumlah cc enjin sahaja.

Penetapan ini adalah sama sehingga jika ada sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Harga roadtax kereta proton savvy adalah berjumlah RM55 sahaja. Tiada penambahan lain atau pengurangan daripada nilai ini.

Jika ada penambahan kemungkinan ianya adalah caj perkhidmatan pada tempat anda renew roadtax kereta savvy tersebut.

Tempoh untuk harga roadtax savvy juga adalah setiap tahun perlu dibayar dengan jumlah yang sama.

Perlu diingatkan juga, ini adalah hanya harga roadtax savvy dan ianya belum termasuk harga insurans kereta savvy.


Posted

in

by

Tags: