Harga insurans kereta myvi 1.3 . Agak-agak berapakah harga insurans kereta myvi 1.3 yang perlu dibelanjakan untuk kali pertama anda hidupkan insurans myvi ?
Di artikel ini, anda akan dapati anggaran terdekat bagi harga isnurans myvi 1.3cc yang baru dimiliki oleh anda.
Harga yang diberikan fokus kepada permulaan anda ingin renew insurans myvi terutamanya bagi yang dilengkapi enjin 1298cc atau setelah dibundarkan terdekat 1300cc.
Semestinya juga artikel ini khas kepada yang baru membeli kereta myvi 1.3 sama ada keluaran kilang mahupun dibeli secara secondhand.
Begitu juga kepada yang membuat survey sebelum memiliki kereta myvi 1.3 yang ingin tahu akan kos insurans kereta myvi 1.3 .
Hal ini demikian, sangat penting untuk anda sediakan budget awal agar tidak terkejut dengan harga insuran myvi 1.3 yang bakal diberikan.
Generasi kereta myvi yang mempunyai 1.3cc
Terdapat 3 generasi kereta myvi yang mempunyai cc enjin 1.3cc iaitu generasi pertama, kedua dan ketiga (terkini)
Gen 1 dikenali sebagai model myvi lama, manakala gen 2 pula dikenali sebagai model lagi best dan juga myvi icon.
Untuk generasi myvi terkini pula dikenali sebagai model baru atau gen 3.
Kesemua generasi myvi tersebut dilengkapi pilihan enjin 1.3cc sesuai dengan kemahuan atau permintaan orang ramai.

Berapakah harga insurans kereta myvi 1.3 untuk setiap generasi ?
Berikut merupakan harga insurans kereta myvi 1.3 berdasarkan market terdekat. Peratus ncd juga dimulai dengan 25% yang bermakna tahun kedua anda hidupkan insurans myvi 1.3 sendiri.
Untuk tahun pertama selalunya akan diuruskan oleh pihak pusat servis perodua atau kedai kereta terpakai yang anda beli.
1. Harga insurans kereta myvi 1.3 generasi pertama (model lama)
Market value | NCD | Harga insurans kereta myvi 1.3 (Gen 1) |
RM10,000-RM15,000 | 25% | RM300-RM450 |
2. Harga insurans kereta myvi 1.3 generasi kedua (model lagi best dan myvi icon)
Market value | NCD | Harga insurans kereta myvi 1.3 (Gen 2) |
RM15,000-RM25,000 | 25% | RM450-RM750 |
3. Harga insurans kereta myvi 1.3 generasi ketiga (gen 3)
Market value | NCD | Harga insurans kereta myvi 1.3 (Gen 3) |
RM30,000-RM47,000 | 25% | RM900-RM1,410 |