Harga roadtax kereta Ford Fiesta

Harga roadtax kereta Ford Fiesta. Berapakah harga roadtax kereta yang perlu dibayar untuk setiap tahun lepas dah memiliki kereta ford fiesta ?

Adalah salah satu tanggungjawab setelah memiliki kereta adalah wajib untuk renew roadtax kereta sebagai tanda sah untuk kereta digunakan di jalan raya.

Termasuk juga bila ada bakal atau baru saja memiliki kereta ford fiesta perlu menghidupkan cukai jalan raya kereta ini tanpa terlepas sekali pun.

Kos ini merupakan salah satu perlu dibelanjakan secara tetap yang perlu berada dalam jadual kewangan anda.

Jumlah cc enjin kereta Ford Fiesta

Perkara yang perlu anda perhatikan sebelum nak buat roadtax kereta ford fiesta adalah nilai cc enjin.

Sejak kemasukan kereta ford fiesta dari tahun 2010 hingga 2016 di negara kita, ianya memberi persaingan sihat kepada segmen kereta hatchback dan juga sedan.

Sepanjang tempoh tersebut, ada 4 jenis enjin berbeza bagi kereta ford fiesta yang terdiri daripada :

  1. Ford Fiesta 1.0
  2. Ford Fiesta 1.4
  3. Ford Fiesta 1.5
  4. Ford Fiesta 1.6

Pilihan 4 jenis cc enjin ini turut mendapat sambutan hingga kini walaupun dijual secara secondhand.

harga roadtax kereta ford fiesta

Berapakah harga roadtax kereta Ford Fiesta anda?

Harga roadtax kereta Ford Fiesta 1.0

Untuk anda yang membeli kereta ford fiesta 1.0 , ini merupakan harga roadtax paling murah diantara cc enjin ford fiesta yang lainnya.

Harga roadtax ford fiesta 1.0 adalah berjumlah RM20 sahaja untuk selama 1 tahun.

Harga roadtax kereta Ford Fiesta 1.4

Manakala, harga roadtax ford fiesta 1.4 pula agak jauh beza dengan 1.0 tadi.

Walaupun ford fiesta 1.4 ianya cc enjin kedua selepas 1.0 , namun harga roadtax kereta ini lebih tinggi iaitu berjumlah RM90 untuk setiap tahun.

Harga roadtax kereta Ford Fiesta 1.5

Begitu juga dengan harga roadtax ford fiesta 1.5 , ianya kekal berjumlah RM90 untuk selama tempoh 1 tahun.

Jadi, setiap tahun pemilik ford fiesta perlu membayar harga roadtax yang sama.

Harga roadtax kereta Ford Fiesta 1.6

Untuk ford fiesta 1.6 pula, turut juga sama dengan harga roadtax kereta ford fiesta 1.4 dan 1.5 iaitu sebanyak RM90 sahaja.

Jumlah 1.6cc bagi ford fiesta merupakan cc paling tinggi yang pernah masuk ke negara kita tetapi harga roadtax kereta ini tetap berbaloi untuk dimiliki.


Posted

in

by

Tags: