Saiz wiper saga : Model lama hingga terkini

Saiz wiper saga. Berikut merupakan saiz wiper bagi kereta proton saga dari model lama hinggalah yang terkini boleh anda jadikan rujukan segera.

Bagi anda yang tak sempat dan nak cepat tahu akan saiz wiper kereta saga, pastikan anda merujuk kepada model kereta proton saga dengan tepat.

Hal ini kerana, kesesuaian bagi ukuran wiper saga ada yang sama dan ada juga yang berlainan walaupun namanya proton saga tetapi model atau generasi tahun kereta yang berbeza.

Saiz wiper saga mengikut model/generasi

Saiz wiper saga orion

Saga orion yang lahir dari tahun 1985 merupakan kemunculan awal bagi segala proton saga.

Saiz wiper bagi saga orion adalah 19″ di bahagian pemandu dan 18″ dibahagian penumpang hadapan.

Zaman sekarang nak dapatkan saiz wiper yang begini tiada sepasang, kena beli secara berasingan yang dijual di pasaran.

Saiz wiper saga magma

Lepas sahaja saga orion melabuhkan tirainya, saga magma telah pun diperkenalkan dan ianya berada dipasaran negara kita selama 3 tahun hingga tahun 1990.

Ukuran wiper saga magma ini juga turut sama iaiti 19″ dan 18″. Faktornya adalah kerana chasis yang digunakan sejak saga orion adalah sama dan dikekalkan ukuran wiper ini.

Saiz wiper saga mega valve

Turut mengekalkan chasis atau badan kereta saga yang sama sejak orion dan saga magma iaitu saga mega valve yang mula dilancarkan pada tahun 1990 hingga 1992.

Saiz wiper saga megavalve juga turut dikekalkan iaitu 19″ bahagian pemandu dan 18″ pada penumpang.

saiz wiper saga.png

Saiz wiper saga iswara

Saga iswara merupakan pengenalan kepada proton saga hatchback yang sebelum ini ianya merupakan sebuah sedan.

Keluaran saga iswara di pasaran tempatan antara paling lama iaitu selama hampir 11 tahun hingga 2003.

Kali ini saiz wiper saga iswara hanya sedikit sahaja berubah iaitu 18″ pada bahagian cermin pemandu dan 18″ pada bahagian cermin penumpang.

Saiz wiper saga lmst

Gelaran saga lmst yang turut dikenali sebagai saga kereta kebal sangat sinonim dengan reka bentuknya seperti kereta kebal.

Ianya telah dilancarkan pada 2003 hingga 2008 dan masih mengekalkan ukuran wiper sama seperti saga iswara iaitu 18″ dan 18″ .

Saiz wiper saga blm

Model saga blm yang menggunakan chasis baru keseluruhannya membawa kepada perubahan saiz wiper kereta ini.

Saiz wiper saga blm pada bahagian cermin pemandu adalah berukuran 22″ dan pada bahagian penumpang pula adalah 16″ .

Saiz wiper saga fl

Model dan chasis yang sama dari saga blm tetapi diupgrade kepada facelift iaitu saga fl bermula dari tahun 2010 hingga 2011.

Saiz wiper saga fl yang sesuai juga turut diupgrade iaitu 22″ dan 17″ untuk memberikan keberkesanan pengelapan cermin lebih baik.

Saiz wiper saga flx

Dengan gelaran yang diberikan proton saga flx yang membawa maksud facelift extra/flex, kemunculannya agak lama iaitu selama 5 tahun.

Saiz wiper saga flx tidak diubah dan masih dikekalkan dari saga fl sebelumnya iaitu 22″ dan 17″.

Saiz wiper saga vvt

Muncul generasi baru iaitu saga vvt sejak dari tahun 2016 membawa kepada pembaharuan dari segi chasis dan reka bentuk.

Akan tetapi saiz wiper saga vvt juga turut dikekalkan iaitu 22″ dan 17″ kerana ianya masih terbaik untuk model saga.

Saiz wiper saga mc2 (vvt)

Model kereta saga mc2 masih dalam penggunaan vvt yang dikira sebagai model faceliftnya.

Setakat ini ukuran saiz wiper saga mc2 tetap menggunakan 22″ pada pemandu dan 17″ pada penumpang hadapan.

Saiz wiper saga mc3 (dvvt)

Model kereta proton saga mc3 pula sedikit berbeza kerana ianya dual vvt. Ianya mula dilancarkan apda hujung tahun 2025.

Saiz wiper saga mc3 turut menggunakan ukuran 22″ dan 17″ dan mudah untuk ianya didapatkan di pasaran dibeli secara pasangan tanpa perlu beli asing-asing.

Saiz wiper saga dalam jadual mudah

Model Proton SagaTahunSaiz Wiper Saga
Proton saga orion1985-198619″ dan 18″
Proton saga magma1987-199019″ dan 18″
Proton saga mega valve1990-199219″ dan 18″
Proton saga iswara1992-200318″ dan 18″
Proton saga lmst (saga kereta kebal)2003-200818″ dan 18″
Proton saga blm2008-201022″ dan 16″
Proton saga fl2010-201122″ dan 17″
Proton saga flx2011-201622″ dan 17″
Proton saga vvt2016-201922″ dan 17″
Proton saga mc2 (vvt)2019-202522″ dan 17″
Proton saga mc3 (dvvt)2025-Kini22″ dan 17″

Posted

in

by

Tags: