Roadtax Mitsubishi Asx. Berapa harga roadtax kereta yang seharusnya diperlukan oleh setiap pemilik kereta suv iaitu mitsubishi asx ?
Dalam pemilihan sesebuah kereta, perkara paling sering terlupakan adalah mengenai roadtax kereta.
Ianya tidak disangkal lagi kerana sudah pasti yang penting ketika itu adalah pinjaman sesebuah kereta itu lulus dengan jayanya.
Roadtax kereta merupakan salah satu kos yang perlu dititik beratkan sebelum anda membeli sesebuah kereta.
Jika ianya terlepas pandang dan pembelian sesebuah kereta telah pun dibuat, maka ianya bukanlah satu bebanan.
Hal ini demikian, tempoh roadtax kereta mempunyai 2 pilihan iaitu 12 bulan dan juga 6 bulan yang juga memberikan peluang pemilik kereta untuk membuat simpanan dari awal.
Di artikel kali ini, kita akan fokuskan kepada harga bagi roadtax mitsubishi asx yang sepatutnya anda keluarkan untuk setiap tahun.
Jumlah cc enjin kereta Mitsubishi Asx
Kegunaan cc enjin adalah bagi membaca jumlah keupayaan yang dijana oleh sesebuah kereta yang menggunakan enjin kereta.
Perkara ini adalah penting kerana cc enjin digunakan oleh pihak berkuasa bagi rujukan utama sebelum meletakkan kos roadtax kereta.

Sejak dari kemasukkan kereta mitsubishi asx pada tahun 2010 hingga 2021 , ianya menggunakan hanya 1 buat enjin iaitu 2.0cc .
Jika melihat pada jumlah 2.0cc mitsubishi asx tidak mencukupi sebagai penentu sebelum nak tetapkan harga roadtax mitsubishi asx .
Hal ini demikian, nilai 2.0cc pada kereta asx ini adalah jumlah yang telah dibundarkan kepada nilai ribuan.
Jumlah sebenar cc enjin mitsubishi asx 2.0 adalah berjumlah sebanyak 1998cc dan daripada nilai inilah pengiraan boleh dibuat secara tepat.
Berapakah harga roadtax kereta Mitsubishi Asx yang sepatutnya dibelanjakan ?
Mengikut jumlah cc enjin yang telah dinyatakan, kereta mitsubishi juga termasuk dalam kategori harga roadtax kereta suv.
Harga roadtax kereta mitsubishi asx adalah berjumlah sebanyak RM439.20 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan atau 1 tahun penggunaan.
Jumlah harga roadtax asx 2.0 ini sebenarnya agak tinggi bagi yang memerlukan sedikit masa untuk mengumpulnya.
Ada cara lain iaitu renew roadtax mitsubishi asx 2.0 untuk tempoh setiap 6 bulan. Nilai bagi roadtax mitsubishi asx untuk 6 bulan adalah bernilai RM219.60 sahaja.
Ianya dikira bahagi kepada dua tempoh dalam 1 tahun penggunaan. Ini merupakan cara paling ideal untuk kekalkan tempoh roadtax kereta asx anda hidup.