Harga roadtax kereta Toyota Prius . Berapakah harga roadtax kereta yang sepatutnya dibayar untuk setiap tahun bagi sebuah kereta toyota prius ?
Kehadiran bagi sebuah kereta hybrid merupakan satu lembaran teknologi baru untuk negara kita.
Untuk mudah difahamkan, kereta toyota prius ini masih menggunakan enjin kereta dan dalam masa yang sama dibantu oleh penjanaan kuasa dari tenaga hybrid.
Ini membolehkan penggunaan bahan api pada kadar yang lebih rendah dibandingkan kereta petrol yang lain.
Kadar ketika memecut (acceleration) juga dijana oleh dua kuasa enjin dan juga hybrid membantu lagi kecekapan ketika pemanduan.
Toyota prius ini merupakan antara kereta terawal menggunakan hybrid di negara kita dan terbukti hingga kini masih banyak ianya digunakan di atas jalan raya.
Di artikel kali ini, kita akan fokuskan kepada kos bagi roadtax kereta toyota prius
yang sepatutnya dibayar sekiranya anda ingin atau baru sahaja memiliki kereta ini.
Jumlah cc enjin kereta Toyota Prius
Cc enjin kereta merupakan rujukan utama bagi menentukan harga roadtax kereta bagi kereta yang dilengkapi enjin kereta.
Walaupun toyota prius merupakan sebuah kereta hybrid, namun ianya juga dibantu oleh enjin kereta sebagai penggunaan utama.
Terdapat dua keluaran toyota prius di negara kita iaitu toyota prius 1.8 (hybrid) dan juga toyota prius c 1.5 (hybrid).

Kedua cc enjin toyota prius ini perlu dilihat secara penuh supaya harga roadtax toyota prius dapat dinilai dengan jumlah yang tepat.
Penggunaan kuasa tambahan hybrid setakat ini tidak memberi apa-apa kesan terhadap jumlah harga roadtax kereta toyota prius.
Jika terdapat perubahan tambahan disebabkan kuasa elektrik (hybrid) ini, akan diupdate kepada anda (sekiranya ada) .
Berapakah harga roadtax kereta Toyota Prius mengikut model dan cc enjin ?
Terdapat 2 tempoh yang boleh dipilih oleh setiap pemilik kereta toyota prius sama ada nak renew roadtax kereta selama 12 bulan atau pun 6 bulan.
Kedua tempoh ini dibolehkan untuk dibuat tanpa sebarang syarat. Kebiasaannya ramai yang hidupkan roadtax kereta toyota prius untuk 12 bulan terus.
Manakala, untuk 6 bulan renew roadtax kereta prius juga tiada sebarang masalah dan halangan sekalipun kerana itu adalah pilihan dan hak pemilik kereta sendiri.
Harga roadtax kereta Toyota Prius 1.8
Jumlah bagi harga roadtax toyota prius 1.8 hanyalah bernilai RM279.20 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.
Artikel lanjut : Harga roadtax kereta toyota prius 1.8
Harga roadtax kereta Toyota Prius C 1.5
Manakala, harga roadtax toyota prius c 1.5 pula adalah berjumlah sebanyak RM90 sahaja untuk tempoh yang sama iaitu 1 tahun.
Artikel penuh : Harga roadtax kereta toyota prius c 1.5
Comments
2 responses to “Harga roadtax kereta Toyota Prius”
[…] roadtax kereta Toyota Prius 1.8 . Berapakah harga roadtax kereta toyota prius sekiranya nak memiliki sebuah kereta toyota prius 1.8 (hybrid) untuk setiap tahun […]
[…] roadtax kereta Toyota Prius C 1.5 . Berapa harga roadtax kereta toyota prius yang boleh dikatakan antara kereta terawal menggunakan teknologi hybrid dari model dan jenama […]