Harga roadtax kereta Toyota Wish 2.0

Harga roadtax kereta Toyota Wish 2.0 . Berapa harga roadtax kereta toyota wish yang dimiliki oleh anda lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai toyota wish 2.0 ?

Dalam memiliki sesebuah kereta, tugas utama yang perlu dilakukan adalah mengetahui segala kos-kos yang bakal dibelanjakan sepanjang tahun.

Antara kos tersebut adalah mengetahui kos roadtax kereta yang perlu dihidupkan setiap tahun tanpa terlepas pandang.

Jika diikutkan roadtax kereta sesebuah kereta perlu diketahui lebih awal iaitu sebelum anda membeli sesebuah kereta lagi.

Ini akan memberikan impak sama ada baik mahupun sebaliknya dalam mengekalkan tempoh roadtax kereta setiap tahun.

Namun, sekiranya kos roadtax kereta terlalu mahal, maka pengumpulan budget sikit demi sikit amat penting.

Ini bagi mengelakkan dari terlepas renew roadtax kereta sebelum ianya tamat tempoh.

Justeru, di artikel ini akan kita fokuskan khas kepada anda yang ingin memiliki kereta toyota wish 2.0. Dan mengetahui roadtax kereta toyota wish 2.0 yang sebenarnya sangatlah dialu-alukan.

Artikel berkaitan : Harga roadtax kereta 2.0 cc

Cc enjin kereta Toyota Wish 2.0

Penggunaan cc enjin merupakan satu istillah yang digunakan pihak berkuasa bagi kereta-kereta yang dilengkapi dengan enjin kereta.

Setiap enjin kereta tersebut boleh dinilai dengan bacaan cc enjin yang bakal menentukan jumlah kos roadtax kereta toyota wish 2.0 anda.

Jadi, ini akan memudahkan proses dari sebelum anda nak memiliki sesebuah kereta dengan mengetahui harga roadtax kereta tersebut untuk pengiraan budget lebih teliti dan awal.

Cc enjin kereta toyota wish terdiri daripada 2 cc enjin yang berlainan. Generasi pertama bermula dari tahun 2003 hingga 2009.

Manakala, generasi kedua kereta toyota wish 2.0 bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2018.

harga roadtax kereta toyota wish 2.0

Untuk generasi pertama kereta toyota wish 2.0 (AE10) mempunyai cc enjin berjumlah 1998cc.

Manakala, untuk generasi kedua kereta toyota wish 2.0 dengan kod AE20 terdiri daripada cc enjin bernilai 1986cc.

Berapakah harga roadtax kereta Toyota Wish 2.0 yang sepatutnya ?

Memandangkan kedua keluaran toyota wish 2.0 mempunyai dua cc enjin yang berlainan, maka harga roadtax toyota wish 2.0 turut akan berbeza.

Hal ini demikian, setiap 1 cc enjin yang berbeza akan turut dikira dan mempunyai harganya kerana ianya diluar daripada harga kawalan roadtax kereta.

Oleh itu, untuk generasi pertama toyota wish 2.0 dengan cc enjin 1998cc, harga roadtax kereta toyota wish 2.0 ini adalah berjumlah RM439.20 sahaja untuk 12 bulan penggunaan.

Manakala, bagi generasi kedua toyota wish 2.0 dengan cc enjin 1986cc, harga roadtax kereta toyota wish 2.0 pula bernilai sebanyak RM434.40 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga roadtax kereta Toyota Wish 2.0”

  1. […] Artikel lanjut : Harga roadtax kereta toyota wish 2.0 […]

  2. […] anda merujuk pada harga roadtax kereta toyota wish 2.0 terlebih dahulu sebelum nak membeli kereta […]