Harga roadtax kereta Iriz 1.3

Harga roadtax kereta Iriz 1.3 . Berapa harga roadtax kereta proton iriz yang perlu diperbaharui untuk setiap tahun lebih-lebih lagi bagi yang membeli proton iriz 1.3 ?

Memperbaharui roadtax kereta adalah antara tugas wajib sebaik sahaja ianya hampir dengan tempoh tamat.

Setiap roadtax kereta mempunyai tempoh tamatnya. Ada yang tamat tempoh selama 12 bulan dan ada juga selama 6 bulan sekali.

Kebiasaannya ramai pemilik kereta akan menghidupkan roadtax kereta selama 12 bulan sekali kerana ianya seiring dengan tempoh insurans kereta yang wajib dibuat untuk 12 bulan.

Namun, pilihan di atas masing-masing dan sebabnya adalah terpulang kepada setiap pemilik kereta tersendiri.

Tiada apa-apa larangan untuk wajib membuat roadtax kereta selama 12 bulan kerana pilihan renew roadtax kereta 6 bulan pun tiada sebarang syarat diletakkan.

Di artikel ini, anda akan tahu akan nilai bagi roadtax kereta proton iriz 1.3 yang sepatutnya dibelanjakan bagi 2 tempoh tersebut.

Jumlah cc enjin kereta Proton Iriz 1.3

Keupayaan enjin atau dikenali sebagai cc enjin merupakan bacaan yang ditetapkan oleh sesebuah kereta. Ini adalah berdasarkan kemampuan sesebuah enjin kereta yang digunakan.

Cc enjin ini merupakan penentu kepada harga roadtax kereta yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sejak dari awal ianya didaftarkan lagi.

Jika tiada sebarang perubahan dari pihak berkuasa, maka harga roadtax kereta iriz 1.3 akan sama sahaja dari ianya mula dikeluarkan hingga bila-bila.

Jumlah cc enjin secara menyeluruh bagi kereta proton iriz 1.3 adalah berjumlah 1332cc.

Nilai ini dibundarkan kepada ribuan terdekat dan ianya termasuk dalam bacaan cc enjin 1.3cc .

Kereta-kereta proton iriz 1.3cc ini diantaranya terdiri daripada spec seperti standard dan juga executive untuk model awal. Manakala, hanya spec standard untuk model iriz 1.3 facelift.

harga roadtax kereta iriz 1.3

Berapakah harga roadtax kereta Iriz 1.3 ?

Roadtax kereta iriz 1.3 adalah termasuk dalam kategori harga yang dikawal oleh pihak berkuasa.

Ianya tidak terikat kepada nilai cc enjin secara teliti dan hanya bergantung kepada bundar ribuan iaitu 1.3cc.

Harga roadtax kereta iriz 1.3 adalah berjumlah sebanyak RM70 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan penggunaan.

Manakala, harga roadtax kereta proton iriz 1.3 untuk jangka masa selama 6 bulan pula adalah bernilai RM35 sahaja bagi setiap pembaharuan.

Harga roadtax proton iriz 1.3 di atas adalah belum termasuk dengan harga insurans proton iriz 1.3 .


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga roadtax kereta Iriz 1.3”

  1. […] Artikel selanjutnya : Harga roadtax kereta iriz 1.3 […]