Harga roadtax kereta Wira 1.6 . Berapa harga roadtax kereta wira yang seharusnya dibayar untuk setiap tahun terutamanya bagi kereta proton wira 1.6 ?
Sebelum nak hidupkan roadtax kereta perlulah mengetahui beberapa perkara asas yang wajib dilakukan.
Antara perkara asas tersebut adalah menyediakan budget bagi membuat roadtax kereta yang baru setiap tahun.
Dalam budget tersebut, pastikan harga roadtax kereta yang dihidupkan adalah benar dan tepat supaya tidak mengganggu proses menghidupkan roadtax kereta.
Jika ada sebarang saman, maka sangatlah digalakkan untuk selesaikan dahulu kerana ianya akan berkait ketika nak renew roadtax kereta.
Di artikel ini, kita akan kupaskan tentang harga roadtax kereta wira 1.6 bagi setiap tahun bermula dari anda membeli kereta.
Cc enjin kereta Wira 1.6
Panduan kepada melihat cc enjin kereta digunakan oleh pihak berkuasa dalam menentukan nilai roadtax sesebuah kereta.
Rujukan cc enjin ini merupakan asas utama yang membezakan antara kereta-kereta yang dilengkapi dengan jumlah cc enji yang berbeza.
Bagi kereta proton wira 1.6, ianya bukan sekadar dibaca pada jumlah cc enjin 1.6cc sahaja.
Malah, bacaan lebih teliti dan tepat perlu dirujuk terutamanya melalui geran kereta yang menyatakan nilai tersebut.
Cc enjin atau keupayaan enjin yang utama untuk kereta proton wira 1.6 adalah bernilai 1597cc.
Model kereta proton wira 1.6 ini terdiri daripada spec yang dinamakan sebagai XLi yang terdiri daripada sedan dan juga aeroback.
Jadi, bila berkata model wira XLi sahaja sudah tahu ianya dilengkapi dengan enjin berkeupayaan 1597cc atau 1.6cc.

Berapakah harga roadtax kereta Wira 1.6 ?
Roadtax kereta wira 1.6 boleh dihidupkan dengan 2 tempoh masa iaitu selama 12 bulan dan juga 6 bulan.
Roadtax wira 1.6 untuk 12 bulan merupakan tempoh yang paling lama dan ianya dihidupkan seiring dengan tempoh insurans kereta wira 1.6 .
Manakala, untuk roadtax kereta wira 1.6 selama 6 bulan pula boleh dihidupkan sebanyak 2 kali dalam 1 tahun.
Harga roadtax kereta wira 1.6 adalah berjumlah sebanyak RM90 sahaja bagi selama 12 bulan.
Untuk tempoh 6 bulan, harga roadtax kereta wira 1.6 hanya berjumlah RM45 sahaja.
Comments
One response to “Harga roadtax kereta Wira 1.6”
[…] Artikel lanjut : Harga roadtax kereta wira 1.6 […]