Harga roadtax kereta Toyota Fortuner

Harga roadtax kereta Toyota Fortuner. Berapakah harga roadtax kereta yang merupakan kenderaan SUV dari jenama ternama iaitu toyota fortuner ?

Nak hidupkan roadtax kereta sama ada anda bakal atau baru memiliki sesebuah kereta memerlukan pengetahuan.

Lebih-lebih lagi tentang harga roadtax kereta yang perlu dibayar sebaik sahaja kereta itu menjadi milik anda.

Budget yang kurang boleh membawa kepada beban walaupun anda mampu membayar bulanan kereta tersebut.

Apabila tiba saja masa untuk renew roadtax kereta, ia sangat memeningkan kepala bagi menyediakan kos ini.

Di artikel ini, anda akan mengetahui tentang harga roadtax kereta toyota fortuner yang bakal atau baru sahaja anda miliki.

Bukan apa, kebanyakkan yang nak tahu tentang harga roadtax kereta ini kebanyakkan adalah bagi yang nak survey sebelum nak beli.

Dan juga kepada roadtax kereta dah nak hampir tamat dan nak tahu harga roadtax kereta yang sebenar terutamanya roadtax fortuner.

Jumlah cc enjin kereta Toyota Fortuner

Keupayaan enjin atau dikenali sebagai cc enjin adalah satu jumlah yang dibaca untuk menentukan kadar sesebuah enjin kereta yang digunakan.

Setiap enjin kereta akan mempunyai bacaan ini dan ditulis dalam geran kereta supaya memudahkan pihak berkuasa menentukan harga roadtax kereta.

Untuk anda yang bakal atau baru nak memiliki kereta toyota fortuner juga boleh merujuk pada cc enjin yang digunakan untuk mendapatkan harga roadtax kereta toyota fortuner dengan tepat.

Ini akan memudahkan anda bagi membuat budget tahunan dalam mengasingkan duit roadtax kereta toyota fortuner.

Cc enjin kereta toyota fortuner terbahagi kepada 2 generasi sejak ianya dibawa masuk ke dalam negara kita.

Untuk toyota fortuner generasi pertama yang bermula dari tahun 2005 hingga 2015 yang terdiri daripada 2 cc enjin iaitu :

  1. Toyota fortuner 2.5cc atau 2494cc
  2. Toyota fortuner 2.7cc atau 2694cc

Manakala, bagi generasi kedua yang bermula dari tahun 2016 hingga sekarang terdiri daripada 3 cc enjin iaitu :

  1. Toyota fortuner 2.4cc atau 2393cc
  2. Toyota fortuner 2.7cc atau 2694cc
  3. Toyota fortuner 2.8cc atau 2755cc
harga roadtax kereta toyota fortuner

Berapa harga roadtax kereta Toyota Fortuner ?

Bila dah tahu generasi mana dan jumlah cc enjin yang bakal atau baru sahaja anda beli kereta toyota fortuner, lebih mudah untuk anda mengetahui harganya.

Berikut merupakan harga roadtax kereta toyota fortuner generasi pertama (2005-2015) untuk 12 bulan :

  1. Toyota fortuner 2.5cc atau 2494cc berjumlah RM835.20 sahaja
  2. Toyota fortuner 2.7cc atau 2694cc bernilai RM1,150.40 sahaja

Manakala untuk harga roadtax kereta toyota fortuner generasi kedua (2016-kini) selama 12 bulan :

  1. Toyota fortuner 2.4cc atau 2393cc sebanyak RM754.40 sahaja
  2. Toyota fortuner 2.7cc atau 2694cc bernilai RM1,150.40 sahaja
  3. Toyota fortuner 2.8cc atau 2755cc berjumlah RM1,248.00 sahaja

Harga roadtax kereta toyota fortuner juga boleh dibuat bagi tempoh selama 6 bulan sekali dan pilihan tersebut dibolehkan.


Posted

in

by

Tags: