Harga roadtax kereta Nissan Latio

Harga roadtax kereta Nissan Latio. Berapa harga roadtax kereta untuk kereta yang dahulu hingga sekarang masih diminati reka bentuknya di atas jalan raya iaitu nissan latio ?

Renew roadtax kereta adalah perkara yang tidak boleh ditinggalkan bagi yang memiliki kereta dan menggunakan jalan raya.

Untuk kereta nissan latio juga tidak ketinggalan bagi menghidupkan roadtax kereta yang menjadi kewajipan utama setiap tahun.

Segmen kereta nissan latio yang didatangkan dengan dua varian iaitu sedan dan juga hatchback membuatkan ramai menjadikannya pilihan mengikut kesesuaian.

Bagi yang memilih nissan latio sedan sesuai bagi yang mempunyai keluarga. Manakala, yang memiliki nissan latio hatchback atau dikenali sebagai nissan latio sport pula yang gemar akan reka bentuk lebih garang serta ala kereta rally.

Itu dari segi design kereta nissan latio. Namun bagaimana pula dengan kos-kos selepas memiliki kereta nissan latio yang terutamanya roadtax nissan latio ?

Cc enjin kereta Nissan Latio

Asas penentu kepada harga roadtax kereta dinilai berdasarkan cc enjin kereta yang dibekalkan oleh setiap kereta.

Kereta yang menggunakan enjin mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri termasuklah bacaan cc enjin atau dikenali sebagai keupayaan enjin.

Begitu juga untuk kereta nissan latio yang mempunyai bacaan enjinnya yang tersendiri sejak kemasukkannya di negara ini bermula dari 2007 dan berakhir pada 2014.

Selama tempoh tersebut, terdapat 2 cc enjin nissan latio yang telah didaftarkan bagi memberi pilihan kepada para pembeli.

Antara cc enjin kereta nissan latio tersebut adalah 1.6cc atau 1598cc dan juga 1.8cc atau 1798cc.

harga roadtax kereta nissan latio

Berapa harga roadtax kereta Nissan Latio ?

Apabila cc enjin sudah diketahui, maka mudah untuk menentukan harga roadtax nissan latio.

Terdapat 2 tempoh bagi renew roadtax kereta nissan latio yang boleh dijadikan pilihan oleh setiap pemilik kereta ini.

Sama ada nak pilih 12 bulan atau pun 6 bulan. Kebiasaannya tempoh 12 bulan, manakala jika nak pilih renew roadtax 6 bulan pun tiada sebarang masalah.

Harga roadtax kereta nissan latio bagi 1.6cc atau 1598cc adalah berjumlah sebanyak RM90 sahaja dan untuk 6 bulan pula berharga RM45.

Manakala, harga roadtax kereta nissan latio untuk 1.8cc atau 1798cc pula bernilai sebanyak RM279.20 sahaja dan bagi 6 bulan adalah RM139.60.


Posted

in

by

Tags: