Harga roadtax kereta Naza Ria

Harga roadtax kereta Naza Ria. Berapa harga roadtax kereta bagi sebuah kereta yang terkenal dengan keluasan bersaiz besar satu ketika dahulu iaitu naza ria ?

Membuat roadtax kereta merupakan perkara wajib bagi setiap individu yang memiliki kereta.

Bukan sahaja yang memiliki, malah bagi yang menggunakan sesebuah kereta di atas jalan raya amat penting menjaga tempoh roadtax kereta.

Ianya boleh dikatakan seperti nyawa kedua bagi kenderaan dimana perlindungan dilakukan tanpa menunggu sebarang kejadian tidak diingini.

Di artikel ini, kita akan membincangkan tentang roadtax naza ria yang sehingga kini ramai yang masih menggunakannya di atas jalan raya.

Bukan itu sahaja, malah bagi yang bakal dan juga baru memiliki kereta naza ria wajib tahu sebelum nak renew roadtax kereta ini bagi memudahkan membuat budget awal.

Jumlah cc enjin kereta Naza Ria

Cc enjin atau keupayaan enjin kereta adalah satu tanda yang menandakan nilai enjin kereta bagi setiap kereta yang menggunakan enjin.

Kereta-kereta yang menggunakan enjin akan ditentukan jumlah roadtax kereta berdasarkan cc enjin yang digunakan.

Semakin tinggi kiraan cc enjin, maka semakin tinggi harga roadtax kereta anda berdasarkan beberapa kategori.

Bagi sebuah kereta naza ria, jumlah cc enjin kereta ini adalah sebanyak 2497cc. Jika ianya dibundarkan kepada bilangan genap ribuan, ianya merupakan dalam kalangan enjin 2.5cc.

harga roadtax kereta naza ria

Berapa harga roadtax kereta Naza Ria sepatutnya ?

Roadtax naza ria yang bermula masuk ke dalam negara kita sejak dari tahun 2003 hingga 2006 mempunyai nilai yang sama.

Nilai tersebut yang merupakan harga roadtax naza ria 2.5 adalah berjumlah sebanyak RM837.60 sahaja bagi tempoh 12 bulan.

Manakala, untuk yang nak renew roadtax naza ria 2.5 selama 6 bulan pula adalah berjumlah RM418.80 sahaja.

Kedua jumlah harga roadtax naza ria di atas adalah belum termasuk dengan harga insuran kereta naza ria.

Ianya hanyalah nilai bagi roadtax naza ria 2.5 semata dan bukanlah harga dari keseluruhan budget tahunan roadtax insurans naza ria.


Posted

in

by

Tags: