Harga roadtax kereta Mazda Cx5

Harga roadtax kereta Mazda Cx5. Berapakah harga roadtax kereta bagi sebuah SUV yang kian menjadi idaman ramai dari tahun ke tahun iaitu mazda cx5 ?

Peminat sebuah kereta suv sudah pasti ingin mengetahui tentang kos-kos yang perlu dibelanjakan sebelum nak memiliki kereta mazda cx-5.

Tidak hairan la kerana ianya merupakan antara suv yang memberikan kepuasan kepada pemilik serta tampak seperti kereta dari buatan eropoh.

Akan tetapi kereta dari negara matahari terbit ini membuat penampilan yang lain-dari yang lain. Dengan mencipta reka bentuk seakan kereta eropoh dan tetap menampilkan ciri-ciri kereta dari Jepun.

Justeru, ianya ternampak lebih ke arah moden dan gah di atas jalan raya dengan sesuai digunakan oleh orang-orang yang berada.

Padahal, harga untuk memiliki kereta ini adalah agak berpatutan seiring dengan teknologi terkini dari aspek enjin hingga kepada infotaimentnya.

Namun, adakah kos roadtax kereta mazda cx5 ini juga turut berpatutan bagi sepanjang penggunaan kereta ini ?

Cc enjin kereta Mazda Cx5

Jumlah cc enjin yang juga dikenali sebagai keupayaan enjin setiap kereta yang merupakan rujukan utama pihak berkuasa di negara kita bagi menentukan harga roadtax kereta.

Mungkin negara lain sudah menggunakan sistem lain, tetapi setakat ini hanya cara ini yang digunakan di negara kita dalam penentuan nilai cukai jalan raya.

Untuk kereta mazda cx5, semenjak ianya dibawa masuk ke dalam negara kita dengan kehadiran kilangan pemasangan di Kulim, Kedah.

Kereta mazda cx5 generasi pertama telah dilancarkan pada tahun 2013 hingga 2017.

Jumlah cc enjin bagi mazda cx5 generasi pertama adalah 2.0cc atau 1998cc, 2.5cc atau 2488cc dan juga 2.2cc atau 2191cc (diesel).

Manakala, mazda cx5 generasi kedua pula telah disambung bermula pada tahun 2017 hingga sekarang.

Untuk generasi kedua mazda cx5 ini menggunakan keupayaan enjin yang sama seperti generasi pertama iaitu 2.0cc atau 1998cc, 2.5cc atau 2488cc dan juga 2.2cc atau 2191cc (diesel).

harga roadtax kereta mazda cx5

Berapa harga roadtax kereta Mazda Cx5 mengikut cc enjin tersebut ?

Roadtax mazda cx5 boleh anda renew mengikut 2 tempoh masa yang diberikan pilihan bagi setiap pemilik kereta.

Kebiasaannya nak renew roadtax mazda cx5 sudah pasti terus buat 12 bulan supaya ianya sama seiring dengan tempoh masa insurans kereta mazda cx5.

Namun, jika nak renew roadtax kereta mazda cx5 untuk 6 bulan sekali pun tiada masalah dan sangat dibolehkan.

Harga roadtax mazda cx5 bagi kedua-dua generasi mazda cx5 adalah sama berdasarkan cc enjin yang digunakan.

Oleh itu, harga roadtax kereta mazda cx5 bagi 2.0cc atau 1998cc adalah berjumlah RM439.20 sahaja untuk selama 12 bulan.

Untuk harga roadtax mazda cx5 yang mempunyai 2.5cc atau 2488cc adalah sebanyak RM830.40 sahaja bagi tempoh 12 bulan.

Manakala, harga roadtax kereta mazda cx5 2.2cc atau 2191cc adalah berjumlah RM592.80 sahaja selama tempoh 12 bulan.

Bagi yang ingin renew roadtax mazda cx5 selama 6 bulan boleh dibahagi kepada dua iaitu RM216.60 (mazda cx5 2.0cc), RM415.20 (mazda cx5 2.5cc) dan RM296.40 (mazda cx5 2.2cc) .


Posted

in

by

Tags: