Harga roadtax kereta Proton Gen 2. Berapakah harga roadtax kereta yang agak terkenal dengan reka bentuknya suatu ketika dahulu iaitu proton gen 2 ?
Renew roadtax kereta merupakan perkara yang tidak boleh dipandang mudah bagi setiap pemilik kenderaan.
Bukan sahaja untuk kereta, malah untuk kenderaan-kenderaan yang menggunakan jalan raya.
Ini adalah tanggungjawab bersama dan kesannya akan memberi kebaikan kepada semua kenderaan yang berada di atas jalan raya.
Sekiranya tiada tanggungjawab untuk renew roadtax kereta, maka tiada pula pemilik kenderaan yang ingin menggunakan jalan raya secara berhati-hati dan memandu secara melulu.
Sememangnya sekarang pasti ada orang yang kurang bertanggungjawab di atas jalan raya, tetapi dengan kewajipan roadtax kereta sudah banyak mengurangkan kes-kes yang lebih besar.
Di artikel ini, anda akan ketahui nilai mengenai roadtax kereta proton gen 2 yang perlu dibayar sekiranya anda memiliki kereta ini.
Jumlah cc enjin kereta Proton Gen 2
Setiap kereta dilengkapi dengan enjin kereta. Enjin kereta ini mempunyai keupayaan enjinnya yang dibaca dalam unit cc.
Daripada cc enjin inilah nilai bagi sesebuah roadtax kereta dapat ditentukan oleh pihak berkuasa di negara kita.

Terdapat penetapan yang dibuat mengikut kategori harga roadtax kereta. Untuk kereta proton gen 2 termasuk dalam kategori berdasarkan nilai cc enjin yang dibundarkan.
Cc enjin bagi kereta proton gen 2 adalah 1.3 dan juga 1.6 di negara kita. Secara spesifiknya nilai cc enjin bagi proton gen 2 1.3cc adalah 1332cc dan proton gen 2 1.6cc adalah 1597cc.
Berapakah harga roadtax kereta Proton Gen 2 mengikut cc enjin ?
Roadtax kereta proton gen 2 mempunyai dua jenis cc enjin yang berbeza. Ini menandakan tedapat juga dua harga roadtax proton gen 2 yang berlainan antara satu dengan lain.
Harga roadtax kereta proton gen 2 1.3cc adalah bernilai sebanyak RM70 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan dihidupkan.
Manakala, harga roadtax kereta proton gen 2 1.6cc pula berjumlah sebanyak RM90 untuk penggunaan selama 12 bulan.
Jika anda kurang pasti cc enjin manakah yang digunakan oleh kereta proton gen 2 anda, maka rujuklah pada geran kereta untuk kepastian sebelum anda menentukan harga roadtax kereta gen 2.